Now Reading
4 Tips Diet Untuk Tidur Lena

4 Tips Diet Untuk Tidur Lena

Four Diet Tricks for a Better Night's Sleep-techcryption

Kesihatan adalah sebuah anugerah. Seperti diketahui umum, individu yang kekal sihat mampu mencapai banyak perkara dan melakukan pelbagai aktiviti dalam sehari. Bukan itu sahaja, mereka juga menunjukkan prestasi yang bagus sama ada di kelas, tempat kerja atau dalam aktiviti harian.

Kebanyakan daripada masyarakat pada hari ini terutamanya golongan muda mengalami insomnia dan kekurangan tidur. Kebanyakannya kurang rehat apatah lagi peranti mudah alih sentiasa menyebabkan kita berjaga pada waktu malam dan kekadang tidak dapat menikmati tidur yang cukup dan lena.

Tanpa tidur yang berkualiti, seseorang indvidu cenderung untuk berasa penat seawal 11 pagi, dan kelak tidak mampu melakukan aktiviti dengan sempurna sama ada dalam pekerjaan atau pun apa sahaja. Oleh itu, amalan gaya hidup sihat adalah perkara penting. Selain melakukan rutin senaman secara berkala, terdapat empat lagi tips diet untuk anda menikmati tidur yang lena dan berkualiti.

1. Jangan Banyak Makan Manis

Apabila anda makan manis, tahap gula dalam darah anda akan meningkat untuk memberi tenaga kepada anda sebelum waktu tidur. Tetapi, ini tidak bermakna anda perlu buang 100% pengambilan gula dalam diet anda untuk tidur; hanya perlu berpada-pada.

Cuba cari makanan yang boleh menggantikan gula. Sebagai contoh, sebiji epal bersama-sama satu sudu besar mentega kacang, roti gandum bakar bersama mentega kacang badam atau separuh cawan yogurt, antara pilihan makanan yang boleh menggantikan makanan manis.

2. TIDAK Kepada Alkohol

Kesan alkohol ke atas individu mungkin dianggap menenangkan badan anda untuk tidur, atau anda mungkin tidak dapat tidur kerana ia mengganggu ritma sirkadian. Walaupun anda berjaya tidur, namun pada keesokannya anda akan berasa penat apabila bangun.

Alkohol merupakan sedatif kuat, bagaimanapun kualiti tidur anda akan berkurangan. Cuba minuman lain yang boleh membantu tidur lena anda seperti teh kamomil atau pilihan lain yang lebih sihat.

3. Ambil Lebih Banyak Vitamin B

Vitamin B6 dan B3 membantu dalam proses triptofan iaitu asid amino penting yang membantu merembes serotonin, kimia yang membantu untuk tidur dan mood sihat. Vitamin B6 dapat ditemui dalam pisang, kacang kuda, ayam, itik dan ikan manakala Vitamin B3 terdapat pada bit, daging khinzir dan kekacang.

Pengambilan makanan yang kaya dengan Vitamin B akan memberi nutrien kepada badan untuk mempunyai tidur malam REM. Memandangkan tiada tips yang tetap bagi tidur lena, oleh itu anda akan terkejut bagaimana perubahan diet yang kecil akan membawa perubahan besar.

See Also
header how bitcoin work

4. Cuba Diet Pantas Seperti Keto Atau Intermittent Fasting

Diet keto merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang ingin amalkan pemakanan yang kaya protein. Diet ini merangkumi karbo rendah, gula rendah dan tinggi lemak sihat. Ideanya adalah untuk ‘menipu’ tubuh badan anda untuk membakar lemak bagi penyaluran tenaga apabila karbo digunakan sebagai pembakar, menjadikan metabolisme tubuh badan dalam keadaan ‘ketosis’.

Sementara itu, Intermittent Fasting (IF) pula adalah teknik di mana anda boleh mengambil kesemua jenis makanan tanpa mengira program teras dalam tempoh masa 8 jam yang secara umumnya berakhir pada jam 6 atau 7 petang. Apa yang bagusnya dengan kaedah ini adalah tempoh masa berpuasa selama 15-16 jam berlaku semasa anda tidur. Kaedah diet ini akan membantu untuk anda tidur lena kerana sistem penghadaman anda sepenuhnya ‘berehat’.

Coin Terakhir Kami

Apa yang pasti, pemilihan pemakanan memberikan impak besar ke atas kualiti tidur seseorang dan ia secara tidak langsung memberi impak ke atas aktiviti harian, mingguan, bulanan atau tahunan anda. Ingat, kesihatan tubuh badan anda bergantung kepada pemakanan anda.

Mulakan gaya hidup yang sihat sebelum terlambat. Amalkan pemakanan sihat, jadi sihat dan pastikan tidur anda berkualiti untuk kekal bertenaga pada hari-hari seterusnya.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
1
Excited
0
Happy
0
Okay
1
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top