Now Reading
Diskaun Pada Harga BCH kepada USDT

Diskaun Pada Harga BCH kepada USDT

BCHUSDT : Harga BCHUSDT kini sedang dalam momentum menurun. Melihat kepada situasi ini, kami berpendapat bahawa penjual BHCUSDT tidak berjaya menarik harga kepada paras harga tertinggi untuk bulan Februari ini. Hal ini demikian kerana, kita melihat BCH masih lagi berat ke bawah, iaitu membawa ke paras harga yang lebih murah iaitu pada paras 327.95 .

Secara teknikalnya, harga BCHUSDT telah memcahkan trend ke atas pada 16 Februari 2020 , yang di mana kami melihat harga BCHUSDT sudah mula cenderung ke arah bawah, membawa harga BHC ke paras yang lebih murah. Retracement yang berlaku bermula pada 20 sehingga 23 Februari 2020 sebenarnya memberi ruang kepada pembeli BCH untuk menjual sepertiga jumlah BCH untuk kembali membelinya pada harga yang lebih murah iaitu pada 327.95 atau yang paling kuat ialah pada harga 320.88 .

Harga BCHUSDT mungkin bakal memberi diskaun sebanyak (17 %) daripada harga sekarang iaitu pada lingkungan harga 388.00 – 400.00 .

Walaubagaimanapun, kami mendapati masih ada ruang ruang harga yang masih sah sebagai paras support iaitu pada paras ( 354.52 – 349.22 ) , yang mungkin akan serba sedikit melonjakan harga ke atas sedikit sebelum sambung penurunan ke paras support terkuat iaitu pada paras ( 327.95 – 320.88 )

Kesimpulan analisa pada kali ini adalah, kami berpandangan untuk hanya menjual BCHUSDT dan menunggu peluang terbaik untuk beli BCH pada harga diskaun. Berkemungkinan BCHUSDT akan kembali melonjakan harga dan sekaligus telah memberi ruangan keuntungan yang lebih banyak.

Amaran Risiko: Pelaburan Cryptocurrency merupakan pasaran yang berisiko tinggi. Semua analisa yang diberikan adalah bertujuan untuk berkongsi pendapat sahaja, tidak perlu mengikut semua analisa. Techcryption tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kerugian langsung, tidak langsung atau berbangkit akibat persaingan perdagangan. Sila buat pelaburan dengan berhati-hati.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top