Now Reading
CZ Ramal Harga Bitcoin

CZ Ramal Harga Bitcoin

CZ Binance Makes BTC Price Prediction-TECHCRYPTION-01

Sejak beberapa tahun ke belakangan ini, komuniti dan adaptasi mata wang kripto kian berkembang pesat. Semakin ramai orang awam yang mula menggunakan mata wang kripto dalam kehidupan seharian dan tidak dinafikan mata wang digital banyak membantu negara-negara dalam pelbagai cara.

Sebagai perintis bagi mata wang kripto, Bitcoin dijangka mengalami ‘halving’ ketiga pada Mei tahun ini dan ramai pakar percaya bahawa harganya akan melonjak naik. Bagaimanapun, ada juga yang menjangkakan harganya hanya mengalami sedikit peningkatan.

Baru-baru ini, CEO dan Pengasas Binance, Changpeng Zhao atau lebih terkenal sebagai CZ melanggar prinsip peraturannya dengan meramal peningkatan harga mata wang Bitcoin. Menurut CZ, sebab utama beliau tidak membuat ramalan harga kerana sebanyak 50%, beliau akan membuat ramalan salah.

“Teori ekonomi mendedahkan bahawa harga Bitcoin dijangka meningkat tetapi ini hanyalah teori dan sukar untuk diramal.”

See Also

CZ

Bagi CZ secara peribadi, beliau percaya bahawa ‘halving’ tidak memberi nilai dan pasarannya tidak efisien di mana orang ramai memerlukan banyak masa untuk mengkonsepsinya atau melaraskannya. Bagaimanapun, CZ memberi amaran bahawa ‘halving’ tidak menyumbang ke atas apa yang akan berlaku, dan ‘jangan ikut bulat-bulat’.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top