Now Reading
Pertukaran Bitpanda Tambah Sokongan Pasaran Swiss Franc (CHF)

Pertukaran Bitpanda Tambah Sokongan Pasaran Swiss Franc (CHF)

Pertukaran mata wang kripto global, Bitpanda mengumumkan penambahan sokongan pasaran Swiss Franc (CHF) ke dalam senarai pilihan mata wang kripto bermula 3 Mac hadapan.

Selain penambahan senarai pasangan pelaburan kripto ke Swiss baharu, pertukaran itu juga akan meletakkan kesemua pasangan pelaburan kripto ke kripto di luar talian (kecuali pasaran BEST dan PAN), dan sedikit perubahan dari segi struktur yuran.

Pada tarikh 3 Mac, 10.00 am CET, Bitpanda akan menggantung kesemua pasaran berikut: BTC/USDT, BEST/USDT, XRP/BTC, ETH/BTC dan MIOTA/BTC. Pada 4 Mac, 10.00 am CET, kesemua tempahan akan dibuang daripada ‘order book’, dana pula akan dikembalikan semula kepada pemilik dompet dan kesemua pasaran berkenaan akan dibuang daripada senarai.

Penggantungan berkenaan merupakan sebahagian daripada strategi Bitpanda untuk memfokus kepada pasaran fiat ke kripto. Setakat ini, mereka telah memasukkan senarai pasaran fiat ke kripto dalam mode penyelenggaraan: BTC/CHF, XRP/CHF dan ETH/CHF. Ini bermakna pengguna dapat membuat deposit Swiss Franc (CHF) ke pertukaran terbabit dan mula melabur dalam pasaran-pasaran berkenaan bermula 3 Mac pada 11.00 am CET.

See Also

Dalam pada itu, kesemua pasaran fiat ke kripto sedia ada akan kekal aktif selepas 3 Mac. Senarai penuh pasaran yang terdapat pada pertukaran Bitpanda adalah seperti berikut: BTC/EUR, BTC/CHF, XRP/EUR, XRP/CHF, MIOTA/EUR, PAN/EUR, BEST/EUR, BEST/BTC dan PAN/BTC.

Terdapat sedikit perubahan pada struktur yuran bagi kesemua pengguna bukan institusi bermula 3 Mac, 10.00 am CET dan seterusnya.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top