Now Reading
Platform Pelaburan Kripto Tanpa Komisien Bakal Dilancar

Platform Pelaburan Kripto Tanpa Komisien Bakal Dilancar

New Zero-Commission Crypto Trading Platform To Launch Soon-techcryption

Platform pelaburan mata wang kripto, BUX Crypto dikatakan akan dilancarkan pada minggu pertama bulan hadapan dan akan menerima pengguna baharu yang terhad bagi memastikan prestasi stabil untuk semua orang.

BUX merupakan penjenamaan semula bagi Blockport dan token Blockport (BPT) juga akan dinamakan semula sebagai token BUX (BUX), tetapi ciri-ciri asalnya dikekalkan.

Ciri-ciri utama bagi BUX Crypto akan merangkumi pelaburan tanpa komisien, deposit fiat dan pengeluaran serta akan beroperasi di 23 negara Eropah termasuk sembilan bidang kuasa di mana platform berkenaan kini berjalan.

Antara kripto yang tersedia dalam platform berkenaan adalah Bitcoin, Ethereum, Ripple, Bitcoin Cash, Litecoin, dan BUX. Selain itu, pengguna juga berpeluang untuk deposit euro ke dalam platform BUX Crypto.   

See Also

“Kami membuat keputusan untuk bermula dengan menyokong enam aset kripto pilihan supaya pasukan kami dapat fokus ke arah penyediaan platform untuk lebih banyak aset kripto lain pada masa akan datang. Kami menyasarkan untuk menambah lagi senarai aset kripto baharu pada masa akan datang dan membenarkan keputusan pemilihan aset dibuat oleh komuniti.”

BUX Crypto

Walaupun tanpa komisien hanya boleh diguna pakai kepada 5,000 pengguna sahaja namun mereka juga boleh melabur dengan tanpa komisien (100% diskaun) sekiranya mempunyai token BUX dalam akaun mereka. Namun begitu, tiada apa perlu dibimbangkan kerana kesemua 5,000 pengguna pertama akan memperoleh token BUX apabila mula melabur.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top