Now Reading
Zilliqa Bukan Blockhain Biasa

Zilliqa Bukan Blockhain Biasa

Kelebihan yang ditawarkan oleh teknologi blockchain adalah ketelusan, keselamatan dan maklumat transaksi yang tidak boleh diubah suai menyebabkan ramai pemain industri tertarik. Namun, semakin ia berevolusi, semakin banyak risiko yang perlu diambil kira.

Jadi, kelebihan teknologi blockchain harus memiliki kebolehan untuk mencapai tahap yang lebih maju. Zilliqa, sebuah platform blockchain yang menawarkan tahap keselamatan dan prestasi yang mengagumkan.

Bagaimana Zilliqa Membantu?

Presiden dan rakan pengasas Zilliqa, Amrit Kumar berkongsi kepada Techcryption bahawa industri blockchain akan sentiasa mengalami masalah kebolehskalaan. Zilliqa dilancarkan daripada kajian berkenaan penggunaan ‘sharding’ dalam blockchain oleh rakan pengasas Zilliqa.

Zilliqa telah mencipta dan melaksanaan bahasa program yang selamat berdasarkan fungsi yang dipanggil Scila untuk menyelesaikan kelemahan dalam bahasa program kontrak pintar masa kini.

Zilliqa Lain Dari Yang Lain

“Dengan mengutamakan pasaran bayaran, disokong dengan fintech bayaran, Xfers, kami memerlukan platform untuk menyokong keperluan perniagaan berbeza.”

Presiden & Rakan Pengasas Zilliqa, Amrit Kumar

Namun, Zilliqa percaya bahawa ia mampu memberi perkhidmatan yang terbaik. Integrasi terbaharu dengan Incognito, sebuah program keselamatan blockchain, akan menambah prestasi privasi dalam rangkaiannya. Integrasi ini akan membenarkan pemilik token ZIL untuk melakukan transaksi di Incognito sidechain, yang akan memberikan privasi sempurna untuk simpanan dan transaksi mereka.

See Also
header how bitcoin work

“Menggunakan Incognito untuk menghantar ZIL, pengguna akan menerima pZill, 100% salinan sulit 1:1 ZIL mereka, yang dilindungi algoritma kriptografi seperti zero-knowledge proof yang memberikan perlindungan menyeluruh.”

Presiden & Rakan Pengasas Zilliqa, Amrit Kumar

Koin Terakhir Kami

Kehadiran Zilliqa dalam industri akan memberi peluang dalam mengubah kemampuan landskap blockchain, terutama dari segi kebolehskalaan serta keselamatan dan privasi. Usaha Zilliqa bersama pemain industri yang lain sudah pasti akan membawa kelainan dalam pembangunan dan kemajuan teknologi blockchain.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top