Now Reading
ALGOUSDT Bakal Turun 20% Daripada Paras Resistance

ALGOUSDT Bakal Turun 20% Daripada Paras Resistance

ALGOUSDT : Bacaan harga bagi pasangan coin AlgoRand TetherUS pada hari ini menunjukan harga berada dalam keadaan menurun dan sedang berada betul di atas paras support kecil (timeframe H4). Walaubagaimanapun harga masih belum cukup matang untuk terus turun ke paras support (0.3450 – 0.3510).

Secara teknikalnya, harga ALGOUSDT telah memecahkan trend menaik pada 25 Februari yang berlaku semenjak 20 Februari 2020. Ini menunjukan harga ALGOUSDT sedang mencari tapak support iaitu harga rendah sebelum membuat keputusan untuk kembali bullish atau terus bearish.

Kami mendapati harga ALGOUSDT akan mencari harga pada paras resistance dalam lingkungan (0.4330 – 0.4441) sebelum membuat kejatuhan harga ke paras support iaitu dalam lingkungan (0.3450 – 0.3510). Hal ini demikian kerana harga ALGOUSDT tidak dapat menembusi paras support kecil yang ada di dalam Timeframe H4 iaitu pada harga 0.3790.

Penurunan yang berlaku dari harga 0.4116 sehingga 0.3687 iaitu (-10.42%) telah memberi ruang kepada pembeli untuk melakukan pembelian dan meraih keuntungan sebanyak (13.95%). Kemudian setelah harga mencapai paras resistance tersebut, maka bermulalah diskaun harga sebanyak 20% daripada harga (0.4330 – 0.4441) iaitu pada harga (0.3450 – 0.3510).

Kesimpulannya, pergerakan harga bagi ALGOUSDT sangat terancang dan ini memudahkan para pedagang Crypto (scalper) untuk membuat belian jualan dalam zone minggu ini.

See Also

Amaran Risiko: Pelaburan Cryptocurrency merupakan pasaran yang berisiko tinggi. Semua analisa yang diberikan adalah bertujuan untuk berkongsi pendapat sahaja, tidak perlu mengikut semua analisa. Techcryption tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kerugian langsung, tidak langsung atau berbangkit akibat persaingan perdagangan. Sila buat pelaburan dengan berhati-hati.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top