Now Reading
Permainan Blockchain dan Kripto 2020

Permainan Blockchain dan Kripto 2020

Saban tahun, sambutan permainan video mata wang kripto dan token semakin mendapat tarikan. Ini kerana ia mampu memberikan insentif kepada pemain untuk menggunakan mata wang kripto dan memilikinya pada masa yang sama.

Berikut adalah senarai permainan blockchain untuk tahun 2020 anda!

Spell of Genesis

Permainan ini menampilkan gabungan permainan gaya arked dan permainan kad. Spell of Genesis adalah salah satu permainan RPG menggunakan Bitcoin (BTC). Permainan boleh dimain dengan percuma dan dibangunkan menggunakan teknologi blockchain.

Pemain boleh mengumpul dan menjual ‘orbs’ untuk membina set kad dan berlawan untuk membuktikan set kad mereka terbaik di dunia Askian.

Setiap item dan kad yang diterima adalah milik anda direkod menggunakan teknologi blockchain. Ia kemudian boleh dijual beli menggunakan mata wang kripto BTC.

My Crypto Heroes

Permainan RPG ini dibangunkan menggunakan blockchain Ethereum oleh double jump.tokyo inc. pada tahun 2018. Pemain boleh mengakses permainan ini melalui telefon pintar dan komputer yang memiliki akses internet.

Pemain boleh menguruskan sebuah agensi untuk wira-wira terkenal dalam sejarah. Setiap wira-wira boleh menggunakan peralatan yang istimewa dan bersama-sama untuk menjadi pasukan yang terbaik!

Crypto Assault

Permainan berunsur perperangan sentiasa menarik peminat mereka tersendiri. Berbeza dengan permainan biasa, teknologi blockchain membolehkan setiap unit yang pengguna miliki adalah hakmilik pemilik.

Selain daripada unit tentera yang mengagumkan, permainan ini menawarkan dunia 3D yang luas.

Blockchain Cuties

Selain daripada genre yang terlalu utama, wujud juga genre permainan video yang mengutamakan kata sifat, comel. Pemain boleh mengumpul makhluk-makhluk comel dalam bentuk anak anjing, kucing, panda, dan haiwan-haiwan fantasi lain.

Setiap makhluk boleh dijual beli sebagai aset digital kerana kelebihan teknologi blockchain. Ia boleh dimain melalui telefon pintar dan juga komputer.

Mythereum

Sebuah permainan kad menggunakan teknologi blockchain Ethereum. Permainan ini menampilkan pelbagai variasi karakter dan pemain perlu memastikan setiap karakter mereka sentiasa selamat dalam setiap perlawanan.

Setiap kad adalah aset berasaskan blockchain, jadi pemain boleh menyimpan kad mereka dengan selamat menggunakan dompet Ethereum selepas sempurna 100 perlawanan.

0xUniverse

Permainan ini menampilkan dunia fantasi di angkasa lepas dengan kapal angkasa. Sebuah permainan yang strategic dibangunkan menggunakan teknologi blockchain Ethereum. Pemain perlu memikirkan strategi untuk menguasai planet untuk mendapatkan sumber-sumber berbeza. Setiap planet yang dimiliki oleh pemain akan drekod ke dalam blockchain.

MegaCryptoPolis

See Also
Luno Exchange-techcryption

Permainan MegaCryptoPolis adalah permainan Monopoli dan Saidina dalam bentuk blockchain. Pemain boleh memiliki tapak tanah untuk binaan dan menerima Ether (ETH) setiap hari sebagai faedah. Pemain juga boleh memiliki keseluruhan daerah untuk mengutip cukai dari pemain lain.

Setakat ini, ia menerima sambutan yang positif daripada komuniti permainan dengan menerima 4 juta tontonan di Youtube dan menerima 10,000 pendaftaran.

Splinterlands

Splinterlands adalah sebuah permainan yang terhasil apabila Pokemon dan Game of Thrones bergabung. Ia sebuah permainan kad yang menggunakan teknologi blockchain Steem.

Berlatarkan dunia fantasi, Splinterlands dibahagikan kepada 6 negara dan mereka sentiasa bersaing untuk kuasa. Sama seperti Game of Thrones, wujud ancaman yang memerlukan setiap negara bersatu untuk menewaskannya.

Bitcoin Flip (Aplikasi dagangan)

Untuk pengguna yang masih lagi baharu dalam industri mata wang kripto, terutama dalam jual beli. Ia direka sebagai simulator tukaran Bitcoin untuk membolehkan pengguna untuk memahami asas dagangan sambil berseronok.

Ia dilengkapi dengan ciri-ciri platform tukaran sebenar yang membolehkan pengguna merasai sendiri pengalaman dagangan secara selamat. Namun, ia hanyalah simulasi dan pengguna tidak akan menerima apa-apa mata wang kripto.

Koin Terakhir Kami

Industri permainan kripto semakin berkembang dengan pengenalan tajuk-tajuk baharu setiap tahun dengan genre yang berbeza. Selain daripada bermain, ia juga menjadi satu alternatif untuk menambah sumber pendapatan kewangan pemain.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top