Now Reading
Binance, WazirX, Cashaa & Zebpay Ada Tawaran Istimewa Untuk Pengguna India

Binance, WazirX, Cashaa & Zebpay Ada Tawaran Istimewa Untuk Pengguna India

New Offers For India By Binance, Wazirx, Cashaa, Zebpay-techcryption

Ketika mahkamah tinggi India masih lagi berteka-teki mengenai keputusan pengharaman mata wang kripto oleh Bank Rizab negara berkenaan, terdapat banyak pertukaran lain yang datang dengan tawaran istimewa untuk komuniti kripto di India. Baru-baru ini, Binance, WazirX, Cashaa dan Zebpay mengumumkan perkhidmatan pelaburan tanpa yuran menerusi platform mereka.

Dilaporkan, Binance dan WazirX melakukan sedikit penambahbaikan ke atas platform mereka, manakala Cashaa menawarkan pengecualian yuran dan Zebpay mengumumkan tanpa yuran bagi pasangan pelaburan.

“Pengguna India bagi kedua-dua Binance dan WazirX dapat membuat pemindahan USDT dengan segera tanpa yuran menerusi keterhubungan akaun Binance dan WazirX.”

Binance

Selain daripada itu, pengguna Binance juga dapat membuat pembelian USDT dengan INR menggunakan P2P menerusi WazirX serta mendagangkan futures, margin atau spot menerusi Binance. Dalam pada itu, pengguna juga boleh daftar masuk ke dalam WazirX secara langsung menggunakan akaun Binance sedia ada dan membeli atau menjual USDT menggunakan platform P2P WazirX di Binance.

Sementara itu, Cashaa pula mewujudkan pusat sokongan di Mumbai khas untuk pengguna di India dan membenarkan mereka untuk membuat pembelian BTC/ ETH dan token CAS menggunakan rupee, euro dan pound British.

See Also

“Kami telah membuat keputusan sejak 1 Mac lalu untuk menjadikan deposit dan pengeluaran dana percuma buat pengguna India.”

Pengasas Bersama Cashaa, Janina Lowisz

Dalam pada itu, Zevpay yang sebelum ini memegang sebagai pertukaran mata wang kripto terbesar di India menawarkan pelanggannya di negara berkenaan dengan yuran percuma bagi pelaburan pasangan ETH/BTC untuk sebulan sebelum pelancaran semula.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top