Now Reading
CoinDeal Proaktif, Tawar Pembelian Kripto Menerusi Kad Debit

CoinDeal Proaktif, Tawar Pembelian Kripto Menerusi Kad Debit

Platform pertukaran mata wang, CoinDeal yang terkenal dalam industri kewangan, blok rantai dan kripto telah melancarkan kad debit yang bakal membenarkan pengguna untuk membuat pembayaran kripto menerusinya.

Pelaksanaan ini sekali gus menjadikan pembayaran kripto lebih mudah tanpa mengira tempat dan masa. Menerusi kad debit ini, pengguna tidak perlu menggunakan mana-mana pertukaran atau aplikasi kripto untuk membuat pembayaran.

Dalam masa sama, kad debit ini menawarkan perkhidmatan pengeluaran wang tunai daripada ATM tempatan.

Walaupun ia belum dilancarkan secara fizikal, namun mereka yang berminat boleh membuat tempahan awal secara percuma dan setiap tempahan akan diberikan 20 token CDL. Namun, tawaran itu hanya untuk 50,000 tempahan awal.

See Also

Sehubungan itu, mereka yang berminat perlu memuat turut aplikasi mudah alih berkenaan dan melakukan deposit atau pelaburan pertama dalam mana-mana pasaran pertukaran.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top