

Pengalaman hanya dua tahun dalam industri kewartawan belum cukup untuk…
Pertukaran mata wang kripto terbesar dunia, Coinbase telah mengemaskini perkhidmatan dompetnya dengan ciri yang membenarkan pengguna untuk menghantar kripto menerusi nama pengguna berbanding alamat sedia ada.
Dalam pengumuman pertukaran itu, dompet Coinbase membenarkan pengguna untuk menghantarkan kripto ke nama pengguna terpilih seperti @walletfan, dan alamat Ethereum Name Service (ENS) seperti walletfan.eth.
Ini bermakna pengguna tidak perlu lagi risau berhubung nama dompet yang rumit. Daripada menaip penuh alamat dompet yang panjang, pengguna hanya perlu memasukkan nama pengguna penerima dan klik butang hantar.
Sementara itu, ENS pula merupakan sistem penamaan kontrak pintar Ethereum yang mempunyai nama-nama dihubungkan ke alamat dompet. Menerusi kemaskini berkenaan, tiada lagi isu yang timbul melibatkan salah alamat penghantaran yang sering diadukan oleh pengguna seterusnya kehilangan dana mereka.
What's Your Reaction?

Pengalaman hanya dua tahun dalam industri kewartawan belum cukup untuk menyampaikan berita berinformasi kepada pembaca. Posisi sebagai 'Malay Journalist' di Techcryption merupakan pembaharuan berlainan dalam menyelami masa depan teknologi dunia.