Now Reading
Ladang Ganja Salah Satu Aset Tokenisasi Dalam Perjanjian Bernilai $2 Juta

Ladang Ganja Salah Satu Aset Tokenisasi Dalam Perjanjian Bernilai $2 Juta

Marijuana Farm Goes on Blockchain as Part of $2 Billion Deal-Techcryption-01

Firma hartanah, RedSwan kini menawarkan sebuah platform bagi tokenisasi aset. Baru-baru ini, firma berkenaan telah melancarkan sebuah platform bagi penjualan sekuriti digital untuk properti komersial dengan $2 bilion aset hartanah akan ditokenisasi menerusi blok rantai.

Sebanyak $850 juta daripada jumlah aset berkenaan telah dihebahkan dalam pemasaran awal dengan sebuah tanaman pengeluaran ganja bersaiz 150 ekar di wilayah Kanada, Ontario turut termasuk dalam perjanjian tersebut. Selain itu, turut termasuk dalam perjanjian itu ialah 1,034 pangsapuri bertingkat tinggi dan pertengahan di Texas, New York dan California.

RedSwan percaya bahawa menerusi tokenisasi aset berkenaan, pelabur swasta dapat melabur dalam hartanah komersial selain menawarkan fleksibiliti buat mereka untuk memperoleh dan menjual aset menerusi tokenisasi.

See Also

Terdapat banyak entiti yang sudah mula meneroka aset tokenisasi kerana ia menawarkan pilihan meluas untuk pelabur swasta terlibat. Syarikat tZERO baru-baru ini juga telah mengumumkan pelannya untuk tokenisasi $650 juta hartanah British menggunakan Tezos.  

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top