Now Reading
Asid Baik Untuk Wajah

Asid Baik Untuk Wajah

Masih ingat dengan kes simbahan asid ke muka sehingga menyebabkan kulit wajah mangsa melecur dan terbakar. Namun itu adalah asid yang berbahaya dan kerosakan kulit yang disebabkan oleh asid berkenaan tidak dapat dirawat semula. Bagaimanapun, terdapat juga asid yang baik untuk wajah dan percaya atau tidak, asid ini membantu untuk menjadikan kulit muka anda halus, mulus dan tanpa cela.

Asid-asid yang baik untuk wajah antaranya asid salisilik, asid hialuronik dan pelbagai lagi sering digunakan dalam rawatan wajah di spa, klinik kecantikan mahupun di rumah. Malah, ada sesetengah produk kecantikan turut memasukkan asid ini ke dalam barangan penjagaan wajah seperti toner, pelembap dan pencuci muka.

Bagaimanapun, penggunaan asid ini perlulah mengikut kesesuaian dan jenis masalah kulit yang dialami. Oleh itu, berikut adalah jenis masalah kulit dan asid yang sesuai digunakan untuk anda.

1. Salisilik Asid / Asid Beta-hydroxy (BHA)

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan kulit berjerawat dan jerawat juga mempunyai pelbagai jenis. Jerawat terjadi berikutan pori wajah anda tersumbat sama ada disebabkan minyak berlebihan, kekotoran atau sel kulit mati yang tidak mengelupas.

Jadi, Asid Salisilik atau BHA ini amat sesuai digunakan oleh mereka yang mengalami kulit berjerawat atau whitehead. Asid ini membantu untuk menggelupaskan kulit mati dan membaiki tekstur kulit wajah anda. BHA mempunyai partikel kecil yang mampu menyerap lebih jauh ke dalam kulit wajah berbanding AHA.

Cara penggunaan: Mulakan penggunaan asid BHA dengan konsentrasi yang sedikit terlebih dahulu. Kebanyakan BHA yang dijual mempunyai konsentrasi 2% dan gunakannya dalam tiga kali seminggu sebelum beransur ke pemakaian sekali sehari. Manakala, asid salisilik terdapat dalam pencuci muka atau toner, boleh digunakan setiap hari.

2. Asid Alpha-hydroxy (AHA) / Asid Tartarik/ Asid Laktik/ Asid/ Glikolik/ Asid Sitrik

Asid-asid ini membantu untuk mengecilkan pori wajah anda di samping mengurangkan garis kedutan dan kesan penuaan. Ada pakar yang berpendapat bahawa pemakaian AHA bersama-sama BHA membantu mengurangkan jerawat dan membaiki tekstur kulit dengan lebih cepat. Tetapi, asid ini boleh menyebabkan iritasi kulit sekiranya digunakan secara mendadak dan terkena cahaya matahari berlebihan.

Cara penggunaan: Asid-asid ini disyorkan untuk dipakai bersama-sama krim perlindungan matahari untuk mengurangkan iritasi kulit.  

3. Asid Askorbik

Asid Askorbik sebenarnya adalah Vitamin C. Vitamin C amat bagus untuk mencerahkan kulit anda di samping membaiki tona kulit.

Cara penggunaan: Sama seperti asid pada nombor 2, pastikan anda memakainya bersama-sama krim perlindungan matahari kerana boleh menyebabkan iritasi sekiranya terdedah dengan cahaya matahari berlebihan.

4. Asid Alpha-Lipoic

See Also
USDt x Celcius-techcryption

Asid ini amat berguna untuk membaiki kulit degil dan mengurangkan kesan garis halus. Sifatnya yang mudah menyerap ke dalam kulit menyebabkan ia mampu mencegah kerosakan pada masa akan datang.

5. Asid Hialuronik

Penjagaan wajah yang paling utama adalah memastikan kelembapan kulit yang akan menghidari kemunculan jerawat mahupun kulit kusam. Percayakah anda, sekiranya kulit kering, ia juga boleh menyebabkan kulit berminyak kerana kelenjar anda akan mengeluarkan lebihan minyak sebagai ‘pelembap’ kepada wajah.

Jadi asid ini amat bermanfaat untuk mengekalkan hidrasi kulit anda. Jika anda inginkan kulit kekal remaja, amalkan penggunaan asid ini.

Coin Terakhir Kami

Kesemua asid-asid yang disenaraikan mudah ditemui dalam mana-mana produk kecantikan dan penjagaan wajah. Oleh itu, sebelum membeli sebarang produk, pastikan anda lihat dahulu pada senarai bahan mengikut jenis dan masalah kulit anda. Lebih bagus sekiranya anda dapatkan khidmat nasihat daripada pakar kulit terlebih dahulu.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
2
Okay
1
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top