Now Reading
Cuba Perisa Aiskrim Berdasarkan Zodiak Anda!

Cuba Perisa Aiskrim Berdasarkan Zodiak Anda!

Adakah anda masih ingat pengalaman pertama menikmati aiskrim? Mengapa kita mudah sekali tertarik dengan kemanisan dan kadang-kala mengejutkan kepala otak ketika kita makan terlalu pantas?

Sebelum anda membaca lebih lanjut, artikel ini ditulis sesuai untuk bacaan hiburan anda. Juga, astrologi tidak disokong oleh mana-mana penemuan saintifik. Jika anda teruskan bacaan anda, bersedialah untuk mengetahui perisa aiskrim terbaik untuk kenikmatan anda!

Mungkin anda gemarkan aiskrim berperisa vanila, tetapi tidak rakan-rakan anda yang lain. Mungkin mereka sukakan perisa yang lain. Mungkin juga wujud perisa aiskrim yang anda belum pernah cuba sesuai dengan bintang zodiak anda berdasarkan pendapat ahli astrologi Amy Zerner dan Monte Farber.

ARIES

Mereka yang berbintang Aries lebih gemarkan sesuatu yang menarik perhatian dan kuat dari segi rasa. Perisa yang sesuai dengan simbol api ini adalah aiskrim mint dengan cip coklat.

GEMINI

Personaliti Gemini yang sentiasa bertenaga sesuai dengan perisa yang mampu memberi stimulasi kepada mereka sentiasa. Oleh itu, perisa yang pastinya dapat membantu mereka adalah aiskrim berperisa kopi seperti mocha dengan campuran badam.

CANCER

Cancer gemarkan makanan yang dapat mengingatkan mereka tentang masa-masa gembira. Perisa aiskrim yang sesuai untuk mereka adalah perisa buatan tangan dan dekat di rumah, iaitu sandwich aiskrim dengan marshmallow dan coklat dipanggil S’mores.

TAURUS

Sifat Taurus yang berani, nekad dan suka mengambil risiko sesuai dengan aiskrim yang berperisa luar biasa tetapi tetap memiliki khasiat. Perisa aiskrim untuk Taurus adalah pisang.

VIRGO

Etika kerja Virgo yang penuh tanggungjawab akan sentiasa membuatkan mereka keletihan. Apa yang mereka perlukan adalah sesuatu yang segar, seronok, manis dan sesuatu yang mampu mengejutkan lidah mereka. Perisa aiskrim yang sesuai untuk Virgo adalah strawberi.

LEO

Untuk mereka yang berbintang Leo, ia bukanlah sesuatu yang sukar. Mereka sukakan sambutan dan berseronok sambil menikmati masa bersendirian. Perisa aiskrim terbaik untuk Leo adalah kek aiskrim.

CAPRICORN

Capricorn tidak gemarkan sesuatu yang membosankan dan mereka lebih suka bermain atau melakukan sesuatu. Satu perisa terlalu biasa untuk Capricon jadi perisa aiskrim yang sesuai untuk mereka adalah gabungan krim dan biskut atau Cookies and Creams.

SAGITTARIUS

Biasanya, Sagittarius gemarkan sesuatu yang terbaik, mantap, lembut dan semulajadi. Oleh itu, perisa aiskrim yang sesuai untuk Sagittarius adalah mentega kacang serta karamel masin.

LIBRA

See Also

Perangai Libra yang tidak terlalu ekstrim dan lebih gemarkan sesuatu yang sederhana. Selain itu, mereka lebih sukakan harmoni dan kestabilan. Perisa aiskrim yang tepat untuk Libra adalah vanila.

SCORPIO

Bintang Scorpio sering dikaitkan dengan emosi yang mendalam dan membara sambil bersifat seksi. Dengan itu, aiskrim perisa coklat adalah perisa yang tepat untuk Scorpio.

AQUARIUS

Apabila menyentuh bab makanan, ianya mudah bagi Aquarius. Mereka suka akan sesuatu yang banyak serta lengkap dengan hiasan dan sedap. Aquarius boleh memuaskan hati mereka dengan aiskrim berperisa vanilla fudge.

PISCES

Pisces sangat gemarkan manisan kerana sifat mereka yang riang dan sensitif. Jadi, sesuatu yang manis dan halus seperti aiskrim berperisa gula-gula kapas sangat sesuai untuk Pisces.

Coin Terakhir Kami

Adakah anda dapat rasa aiskrim di tekak anda sekarang? Pasti seronok dapat menikmati aiskrim berdasarkan bintang zodiak anda sekarang. Tunggu apa lagi? Order online sekarang!

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top