AGM 2020: ACCESS Malaysia Lantik Kepimpinan Baharu


Pengalaman hanya dua tahun dalam industri kewartawan belum cukup untuk…
Pertubuhan Rantaian Blok Akses (ACCESS) Malaysia telah melantik kepimpinan baharu bagi tahun 2020 selepas kepimpinan terdahulu secara rasmi meletakkan jawatan bagi setahun tempoh perkhidmatan menerusi Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ACCESS Ke-2, pada 29 Februari lepas.
Berikut adalah senarai kepimpinan ACCESS bagi tahun 2020:-
Presiden : Azam Razman
Naib Presiden: Aaron Ting
Setiausaha: Jason Chew
Naib Presiden: M. Nasir
Bendahari: Affendi Ariffin
Naib Bendahari: Jon Tay
Ahli Jawatan Kuasa: 1) Rene Bernard
2) Ibrahim Majid
3) Harpreet Singh
4) Loh Lee Moi
5) Jason Schadt
ACCESS merupakan sebuah pertubuhan blok rantai yang mengumpulkan pemain industri, korporat mahupun individu yang bertujuan memberi kesedaran kepada pelbagai pihak mengenai teknologi blok rantai. Ditubuhkan pada 2017, sehingga kini pertubuhan berkenaan telah mengumpul lebih daripada 100 ahli di seluruh Malaysia.
Pada AGM berkenaan, Rene Bernard yang merupakan bekas Presiden memberitahu bahawa pelantikan jawatan presiden itu diberi peluang kepada rakyat tempatan yang dipercayai mempunyai rangkaian lebih luas, di samping arif mengenai industri dan kawal selia blok rantai di Malaysia.
“Sejak penubuhan awal ACCESS, ia hanya terdiri daripada sukarelawan dan ketika itu industri blok rantai di negara ini masih lagi samar. Seiring perkembangan industri dan ACCESS, kita berdepan dengan pelbagai pengalaman dan eksperimentasi.”
Rene Bernard
Selain melantik kepimpinan baharu, AGM berkenaan turut menggariskan arah tuju strategik di samping perubahan pada perlembagaan pertubuhan ACCESS yang disaksikan oleh ahli yang hadiri.
What's Your Reaction?

Pengalaman hanya dua tahun dalam industri kewartawan belum cukup untuk menyampaikan berita berinformasi kepada pembaca. Posisi sebagai 'Malay Journalist' di Techcryption merupakan pembaharuan berlainan dalam menyelami masa depan teknologi dunia.