Now Reading
Dubai Tawar Platform KYC Blockchain Pertama

Dubai Tawar Platform KYC Blockchain Pertama

Dubai secara rasmi telah memperkenalkan platform KYC blok rantai pertama untuk menarik lebih banyak bisnes dengan akaun perbankan segera. Pada 1 Mac 2020, Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai (DIFC) dan bank Mashreq melancarkan platform perkongsian data blok rantai mereka.

Platform berkenaan membenarkan bisnes dan korporat berlesen untuk membuka akaun bank digital segera dengan mengesahkan identiti mereka menerusi blok rantai dalaman. Platform KYC berkenaan yang dibina dalam konsortium antara DIFC dan bank Mashreq pada Julai 2019, kini disediakan untuk semua syarikat UAE dan bank. Pembaharuan itu memudahkan syarikat-syarikat baharu untuk menjalankan perniagaan di UAE, sekali gus membuang proses KYC lama yang berasaskan kertas.

Maklumat yang dibenarkan oleh pelanggan akan dikongsi secara elektronik menerusi blok rantai Mashreq. Inisiatif berkenaan menawarkan institusi dan bisnes kewangan dengan sebuah platform yang memudahkan operasi terlibat.

See Also

Sementara itu, DIFC dan Mashreq juga telah menkonsepsikan sebuah kerangka prinsip utama yang dapat memudahkan adaptasi berskala besar oleh peserta serta bank-bank lain dan pihak berkuasa perlesenan untuk menyertai ekosistem tersebut.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top