Now Reading
Kaspersky Dedah Mesin Undi Blockchain

Kaspersky Dedah Mesin Undi Blockchain

Syarikat keselamatan siber, Kaspersky telah melancarkan satu prototaip mesin undian berasaskan blok rantai, Polys yang bertujuan mewujudkan satu platform pemilihan atas talian yang selamat dan boleh digunakan untuk sektor perniagaan, universiti serta parti politik.

Sistem baharu itu menggabungkan pemilihan atas talian dengan teknologi lejar teredar yang akan menghasilkan pautan pengesahan antara undi dan pengundi yang melaksanakannya. Selain itu, Polys juga dijangka menawarkan peserta dengan pilihan untuk mengundi menerusi mesin pengundian di pusat terpilih atau menggunakan peranti yang ditambah dengan keselamatan teknologi blok rantai.

Proses itu bermula dengan pengundi sah diberikan satu kod QR unik atau token yang membenarkan mereka untuk melaksanakan pemilihan menerusi Mesin Undian Polys dan undian berkenaan secara automatik akan di enkripsi dan dikira setelah kod QR diimbas. Kemudian, pengundi boleh memeriksa undian mereka yang telah disimpan tanpa nama dalam blok rantai menerusi aplikasi web.

See Also

Mesin undian berkenaan juga boleh disaling hubungkan dengan platform undian atas talian Polys. Ini bermakna pengundi boleh melaksanakan undian menerusi telefon pintar, dan sekiranya terdapat dua undian berganda, maka ia akan dibuang. Sistem baharu itu bukan sahaja meningkatkan keselamatan pemilihan, malah mengurangkan kos sumber dan staf.  

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top