Now Reading
Litecoin Diperluas Ke 13,000 ATM

Litecoin Diperluas Ke 13,000 ATM

Silver To Bitcoin’s Gold Makes It To 13, 000 ATM-techcryption

Litecoin (LTC), syiling yang diibaratkan perak kepada Bitcoin diintegrasikan ke dalam platform M.Pay oleh MeconCash, dan kelak boleh dikeluarkan menerusi lebih 13,000 ATM di Korea Selatan, sebagai Won Korea (KRW).

“Integrasi Litecoin ke dalam platform M.Pay dan rangkaian ATM merupakan langkah besar untuk mengembangkan penggunaan Litecoin ke dalam pasaran Korea Selatan dan kami teruja untuk bekerjasama dengan MeconCash. Menerusi kerjasama ini, mereka juga dapat mengembangkan platform dan menawarkan perkhidmatan tambahan dengan menggunakan Litecoin.”

Pencipta Litecoin dan Pengarah Urusan Yayasan Litecoin, Charlie Lee

Selain digunakan untuk membuat pembayaran, pemegang Litecoin juga dapat membeli produk MeconMall oleh MeconCash dan membayar bagi permainan yang diberikan menerusi platform M.Pay.

See Also

“Menerusi kerjasama dengan Yayasan Litecoin, kami membantu pertumbuhan Litecoin di seluruh pasaran Korea bermula dengan perkhidmatan pengeluaran ATM. Sebagai rakan kerjasama, kami juga menyasarkan pertumbuhan global yang bakal menyaksikan sinergi positif pada masa akan datang, bukan sahaja dalam pasaran Korea, malah di seluruh dunia.”

Penaung MeconCash, Jo Jae Do
What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top