Now Reading
Percutian 2020 Berdasarkan Zodiak Anda

Percutian 2020 Berdasarkan Zodiak Anda

zodiac travel - techcryption

Menurut kajian pada tahun 2009 oleh Harris, 26% rakyat Amerika percaya pada astrologi dan negara-negara timur seperti Cjina dan India telah mengamalkan pengamatan zodiak sejak kecil lagi. Sejauh mana kesahihannya?

Kita tidak akan membincangkan perkara itu di sini kerana ia akan menjadi topik perbahasan tanpa penghujung. Dalam artikel ini, anda akan mengetahui lokasi percutian berdasarkan bintang zodiak anda.

Aries – Pejuang

Aries sentiasa dikaitkan dengan kekuatan membuatkan anda sesuai bercuti ke Peru. Ini kerana Peru memiliki lokasi-lokasi pendakian yang akan memuaskan naluri pengembaraan anda. Aeris juga adalah yang paling teruja untuk memulakan perjalanan mereka.

Taurus – Si Sesat

Taurus lebih mementingkan makanan daripada apa pun. Jadi, lokasi yang terbaik untuk percutian Taurus adalah di Paris. Dalam perjalanan, Taurus akan meluangkan masa mereka untuk tidur.

Gemini – Artis

Gemini dipenuhi dengan perasaan ingin tahu dan ghairah tentang banyak perkara. Lokasi yang dipenuhi dengan kehalusan seni bina, itulah yang ditawarkan oleh Dubai. Gemini akan menghabiskan masa mereka membaca buku panduan.

Cancer – Penjaga

Keutamaan Cancer adalah bercuti bersama keluarga berbanding dengan kawan-kawan. Setiap percutian yang dirancang hendaklah mesra keluarga dan Itali adalah tempat yang paling sesuai. Cancer akan sentiasa mencari cara untuk perjalanan bercuti dipenuhi permainan.

See Also

Leo – Kaki Pesta

Jelas lagi bersuluh, Leo adalah rakan berpesta untuk semua. Lokasi terbaik untuk Leo bercuti adalah di atas kapal persiaran seperti Virgin Voyages. Pelayaran di Virgin Voyages sangat ekslusif dengan pesta peribadi tanpa henti. Leo akan berkeras untuk menjadi pemandu dalam perjalanan.

Virgo – Terlebih Fikir

Seorang Virgo akan sentiasa berfikir hingga terlebih fikir. Pelan bercuti yang tenang dan damai yang ditawarkan oleh Bali, sesuai untuk Virgo. Persekitaran hijau dengan rawatan spa, urut, penjagaan muka, dan penjagaan kuku mampu buatkan Virgo berada di alam sendiri. Virgo akan sentiasa bertanggungjawab dalam menunjuk arah sambil memegang peta.

AKAN BERSAMBUNG

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top