Now Reading
Tips Kehidupan Yang Dah Lama Wajib Anda Tahu

Tips Kehidupan Yang Dah Lama Wajib Anda Tahu

Siapa yang tidak marah jika terdapat hari yang mengecewakan dan semua perkara menjadi tidak betul. Tetapi, tahukah anda dengan mengubah beberapa perkara kecil dalam kehidupan seharian akan menjadikan hari-hari anda lebih bermakna. Oleh itu, Techcryption dedahkan beberapa tips hidup yang murah dan menjimatkan masa.

Bau Badan

Jika anda terlupa untuk memakai deodoran dan tidak mahu badan berbau peluh atau tengik, cuba potong lemon atau oren kepada dua bahagian dan oleskan di kulit bawah lengan. Bau badan akan hilang!

Hilangkan Kedutan Baju

Tak perlu penat-penat untuk seterika kedutan baju atau seluar. Hanya letakkan beberapa kiub ais ke dalam pengering yang terdapat baju basah anda. Memandangkan ais akan cair dan ia akan bertukar menjadi wap, secara tidak langsung ia boleh menghilangkan kedutan baju. Bagaimanapun, kaedah ini tidak akan menjadi pada fabrik berat. Lebih menarik anda tidak perlu menetapkan pengeringan baju lebih daripada 10 minit untuk ia menjadi.

Tiada Pembuka Botol? Tiada Masalah!

Membuka botol tanpa menggunakan alatan pembukanya sentiasa menjadi trik di parti-parti. Ada yang menggunakan kasut dan ada yang sanggup menggunakan gigi. Bagaimanapun, anda boleh cuba menggunakan botol lain untuk memberi tekanan dan buang bahagian atas botol. Menerusi cara ini, anda tidak perlukan pembuka botol lagi kecuali untuk botol terakhir.

Muslihat Gambar

Apabila mengambil gambar, kecilkan sedikit mata anda ketika senyum untuk menjadikannya kelihatan lebih ikhlas dan semula jadi.

Buang Kesan Kotor Mangkuk Tandas

Tuang satu tin air Coca-Cola ke dalam mangkuk tandas dan biarkannya semalaman. Keesokannya basuh dengan air sabun dan siram. Mangkuk tandas anda pasti akan bersih dan bersinar!

Perbaharui Perabot Sekelip Mata

Sekiranya perabot anda dipenuhi dengan pelekat kartun kegemaran anak-anak, jangan terus melenting. Anda boleh membuangnya menggunakan pisau tumpul bersama-sama pengering rambut untuk menanggalkan gam pelekat. Mungkin ada yang sukar untuk ditanggalkan, namun jangan risau kerana ia dapat hilang!

Simpan Pengecas Telefon

Bagi pengguna iPhone, mereka mungkin sudah lali dengan pengecas telefon yang mudah rosak. Untuk memastikan pengecas telefon kekal berguna untuk tempoh masa panjang, cuba tips mudah ini! Mulakan dengan membuang spring daripada sebatang pen. Kemudian, tarik salah sebuah penghujung spring untuk masukkan ke kabel pengecas. Anda mungkin memerlukan playar untuk melakukannya. Seterusnya, masukkan kabel ke dalam pintalan spring sampai ke penghujung. Anda boleh gunakan pemetik api untuk memanaskan tiub sehingga ia membaluti keliling pengecas dan spring. Tips mudah ini akan menyelamatkan kabel pengecas anda daripada rosak.

Kasut Berbau

Jika anda mempunyai kasut berbau, letakkan beberapa uncang teh kering ke dalam setiap kasut untuk menyerap bau. Sekiranya kasut anda bukan setakat berbau, tetapi basah, sumbat campuran nasi dan serbuk penaik ke dalam kasut dan biarkan untuk beberapa hari.

Nyalakan Api

See Also

Kerepek ubi bukan sahaja sedap. Lemak, minyak dan bahan kimia yang terdapat di dalam kentang atau kerepek lain menjadikannya bahan sempurna untuk menyalakan api. Ini merupakan tips terbaik untuk digunakan apabila pergi berkhemah.

Kasut ketat

Jika kasut anda berasa terlalu ketat, ada cara untuk longgarkannya. Sumbatkan setiapnya dengan surat khabar basah sehingga tiada lagi ruang. Biarkan kasut kering, dan anda buang surat khabar berkenaan.

Pulihkan Longkang Tersumbat

Alirkan air panas ke dalam longkang yang tersumbat selama seminit, kemudian taburkan satu cawan serbuk penaik. Perlahan-lahan tuangkan satu cawan cuka ke dalam longkang berkenaan. Kemudian, cuba simbahkan sekali lagi air panas ke dalam longkang.

Kasut Kelihatan Baharu

Kasut kelihatan kusam? Tidak dinafikan kita sukakan sepasang kasut putih, tetapi untuk kekalkannya kelihatan bersih itu agak sukar. Untuk menjadikan kasut anda kelihatan baharu, anda hanya perlukan berus gigi lama dan ubat gigi. Ubat gigi putih yang tidak bergel berkesan untuk membersihkan kasut putih (ubat gigi berwarna mungkin akan meninggalkan bekas kepada kasut). Oleskan ubat gigi ke atas berus gigi lama dan berus ke permukaan kasut yang kotor. Biarkan selama 10 minit dan kemudian lap menggunakan tuala lembap. Ulang langkah tersebut sekiranya perlu.

Coin Terakhir Kami

Mencipta mesin untuk tujuan tertentu memerlukan kos, tenaga dan masa panjang. Jadi, anda tidak perlu memiiliki kemahiran kejuruteraan untuk membuat inovasi. Kesemua tips berkenaan dijamin mampu menjadikan kehidupan seharian lebih mudah.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top