Now Reading
Bank Fujairah Guna RippleNet Dalam Pembayaran Rentas Sempadan

Bank Fujairah Guna RippleNet Dalam Pembayaran Rentas Sempadan

Bank Negara Dubai, Fujairah (NBF) mengumumkan kerjasama dengan Ripple, sebuah syarikat blok rantai terkemuka dunia. Teknologi blok rantai berkenaan akan membantu melindungi pembayaran waktu nyata di samping memastikan seluruh transaksi berjalan lancar.

Menurut CEO Fujairah, Vince Cook, integrasi penyelesaian blok rantai Ripple adalah sejajar dengan perubahan dinamik sektor perbankan. Mereka juga memahami potensi teknologi berkenaan yang seiring dengan objektif institusi di samping memberi pengalaman terbaik kepada pelanggan.

“Dalam persekitaran yang serba pantas, institusi perbankan perlu mengambil langkah proaktif dan sentiasa mencari kaedah baharu untuk menambahbaik perkhidmatan buat pelanggan. Kami faham akan kepentingan memanfaatkan teknologi blok rantai dalam menawarkan pengalaman yang lancar untuk klien.”

See Also

CEO Fujairah, Vince Cook

Menerusi kerjasama berkenaan, NBF merancang untuk menggunakan RippleNet bagi pembayaran keluaran wang rentas sempadan bagi pelanggan India. Dengan itu, bank yang patuh syariah itu akan bekerjasama dengan bank India iaitu Indus Ind Bank.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top