

Pengalaman hanya dua tahun dalam industri kewartawan belum cukup untuk…
Teknologi blok rantai kian meluas ke seluruh dunia menerusi segenap industri termasuk penerbangan. Tidak ketinggalan, KLM Royal Dutch Airlines, firma penerbangan di Belanda yang bakal mengintegrasikan blok rantai ke dalam platformnya, sebagai langkah untuk meningkatkan penyelesaian di beberapa anak syarikat firma tersebut.
KLM telah bekerjasama dengan startup blok rantai, Unchain.io untuk membangunkan sebuah penyelesaian yang akan memudahkan proses kewangan serta perakaunan, sekaligus mengelak daripada birokrasi berlebihan dan pengambilan masa. Menurut kenyataan media, syarikat start up berkenaan akan bekerja rapat dengan pasukan KLM untuk menyediakan reka cipta serta perlaksanaan kapabiliti penyelesaian menggunakan teknologi Corda R3.
Pakar Inovasi Kewangan KLM, Dominique Vijverberg menjelaskan bahawa projek berkenaan telah dikaji dan diuji beberapa kali oleh KLM Digital Studio iaitu bahagian inovasi KLM. Integrasi blok rantai ke dalam infrastruktur KLM menyaksikan pembaharuan signifikan bagi kedua-dua teknologi berkenaan serta industri.
What's Your Reaction?

Pengalaman hanya dua tahun dalam industri kewartawan belum cukup untuk menyampaikan berita berinformasi kepada pembaca. Posisi sebagai 'Malay Journalist' di Techcryption merupakan pembaharuan berlainan dalam menyelami masa depan teknologi dunia.