Now Reading
Pengasas TRON Ambil Alih Steemit, Laksana Undian Untuk Kepimpinan Baharu

Pengasas TRON Ambil Alih Steemit, Laksana Undian Untuk Kepimpinan Baharu

TRON Founder Acquired Steemit, Calling Vote for New Leadership-Techcryption-01

Pengasas rangkaian TRON dan CEO BitTorrent, Justin Sun didakwa mengambil alih media sosial berasaskan blok rantai Steemit secara ‘paksa’, menurut sumber. Dilaporkan, platform berkenaan memegang sejumlah besar mata wang kripto STEEM.

Berikutan itu, ketua komuniti STEEM memulakan ‘soft fork’ yang bertujuan mengehadkan kuasa Justin Sun dalam rangkaian blok rantai tidak berpusat berkenaan. Dilaporkan pada 2 Mac, pertukaran kripto terkemuka dunia menggunakan kuasa undian token yang dimiliki untuk menstruktur semula algoritma konsensus Steemit.

Ketika dilaporkan, dua pekerja Steemit menerusi platform sosial media berkenaan, @andrarchy, iaitu Ketua Komunikasi dan Advokasi Steemit serta @vandeberg, Developer Steemit mengesahkan perletakan jawatan mereka.

See Also
Popular Crypto Blogging Platform Sold to Tron-techcryption

Dilaporkan, antara platform pertukaran besar yang membantu Sun dalam undian berkenaan adalah Binance, Huobi dan Poloniex. Bagaimanapun, CEO Binance, Changpeng Zhao menerusi akaun Twitter menarik semula undinya bersama-sama dana pengguna selepas menerima tekanan daripada pelanggan.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top