Now Reading
Pereka Fesyen Sarah Regensburger Manfaat Blockchain VeChain

Pereka Fesyen Sarah Regensburger Manfaat Blockchain VeChain

Blockchain in Fashion Sarah Regensburger Deploys Vechain Solutions -techcryption

Pereka fesyen di London dan anak kelahiran Jerman, Sarah Regensburger mengangkat gabungan seni dan inspirasi kepelbagaian budaya di dunia. Jenamanya menumpukan kemampanan dan tanpa sumber haiwan, yang turut dikenali sebagai fabrik vegan serta bermatlamatkan pengeluaran pembuatan yang adil di Eropah.

Baru-baru ini, Sarah telah memilih VeChain sebagai langkah untuk meningkatkan proses rantaian bekalan jenamanya. Kolaborasi berkenaan menggunakan penyelesaian rantai bekalan berasaskan blok rantai untuk meningkatkan kebolehkesanan dan kecekapan penghantaran produk. VeChain merupakan platform aplikasi blok rantai yang terkemuka di Singapura dan diterajui oleh Enterprise Adoption.

Terdapat pelbagai aspek yang menyaksikan penggunaan teknologi blok rantai dan manfaatnya diperluaskan ke bidang fesyen adalah pilihan tepat. Seperti industri lain, bidang fesyen dilaporkan terlibat dalam revolusi blok rantai untuk menawarkan ketelusan dalam proses berkaitan.

See Also
car 2020-techcryption

Dalam pada itu, menerusi blok rantai, pelanggan dapat menjejak rekaan pakaian dan proses rantai bekalan. Selain  itu, penyelesaian blok rantai VeChain akan memastikan barangan yang berkualiti dan jenama mewah adalah mustahil untuk ditiru.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
1
Happy
1
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top