Now Reading
Pertukaran Kripto LINE Tembusi Pasaran AS

Pertukaran Kripto LINE Tembusi Pasaran AS

Line Backed Cryptocurrency Exchange To Enter The US Market-techcryption

Pengendali aplikasi mesej popular di Korea Selatan dan Jepun, LINE bakal melancarkan sebuah platform pelaburan iaitu BITFRONT, bermula di seluruh negeri Amerika Syarikat. Pertukaran BITFRONT akan mula beroperasi menerusi LVC USA Inc., yang mempromosi konsep Token Ekonomi LINE.

BITFRONT dilaporkan akan menyokong pelaburan Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Bitcoin Cash (BCH), Tether (USDT) dan mata wang maya milik LINE, LINK. Dalam pada itu, BTC, USDT dan dolar AS diadaptasi sebagai mata wang asas memandangkan setiap pasangan mata wang berbeza bagi setiap mata wang asas.

“Pelancaran BITFRONT merupakan langkah besar untuk menjadikan blok rantai lebih meluas dalam kalangan masyarakat. Sebagai pertukaran mata wang kripto global dan boleh dipercayai, kami akan terus berusaha menjadikan blok rantai dan mata wang kripto dekat dengan pengguna.”

Presiden & CEO BITFRONT, Nagae Naga

Pertukaran mata wang maya kumpulan LINE, BITBOX yang berkhidmat untuk pasaran global kecuali Jepun dan AS menyerahkan semula tugas perkhidmatan kepada BITFRONT. Lebih menarik, BITFRONT akan menyokong 15 bahasa termasuk Bahasa Inggeris dan Korea.

See Also

LINE diberikan kelulusan kawal selia daripada Agensi Perkhidmatan Kewangan Jepun pada tahun lalu dan telah berjaya bergabung dengan perkhidmtan Bitmax menerusi aplikasinya di Jepun, di mana terdapat lebih daripada 50 juta pengguna aktif.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top