Now Reading
2 Rakyat Cina Dipercayai Bantu Penggodam Kripto Korea Utara

2 Rakyat Cina Dipercayai Bantu Penggodam Kripto Korea Utara

NORTH KOREAN CRYPTO HACKERS AIDED BY CHINESE-techcryption

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat baru-baru ini menangkap dua individu rakyat China yang dipercayai membantu penggodam Korea Utara antara Disember 2017 dan April 2019. Kedua-dua tertuduh didakwa mengubah wang haram lebih 100 juta dolar bernilai mata wang kripto yang dicuri untuk mengaburi transaksi bagi kebajikan pelakon-pelakon di Korea Utara.

Pelbagai kaedah digunakan untuk merumitkan penjejakan kripto yang dicuri daripada dihidu polis. Dana yang berjaya dicuri juga ditutup dengan bijak menggunakan teknik ‘dusting’ yang menghantar ratusan transaksi automatik direka untuk mengaburi sumber dana.

Dalam pada itu, berdasarkan nilai kripto, sebahagian wang yang dicuri disahkan daripada serangan siber pertukaran Jepun, CoinCheck. Korea Utara juga dipercayai berada di bawah sekatan antarabangsa dan cuba mendapatkan dana bagi program peluru berpandu dan nukleur Pyongyang.

See Also

Bagaimanapun, Korea Utara menafikan kesemua tuduhan itu dan mendakwa bahawa ia adalah palsu bertujuan memburukkan imej negara berkenaan.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top