

Jumali sedang berusaha menghubungkan aset digital kepada umum bersama Techcryption.
Biro Percukaian Beijing mengumumkan bahawa biro itu akan mula mengeluarkan inbois menggunakan blockchain untuk mengurangkan kos, sumber sosial dan meningkatkan kemudahan untuk pengguna.
Ia bertujuan untuk membawa ketelusan pengurusan kepada pembayar cukai. Biro itu mula mempromosi perkhidmatan ini bermula 2 Mac lalu.
Ia mempunya ciri-ciri istimewa seperti memiliki 12-digit kod inbois dan 8-digit nombor inbois. Pengguna boleh semak secara terperinci ketulenan inbois melalui laman web rasmi.
“Informasi yang direkod dalam inbois akan lebih konsisten dalam laman rasmi […] Pengguna berhak menolak secara elektronik jika berlaku keraguan dan boleh hubungi talian khidmat pelanggan 12366 untuk membuat laporan.”
Buat masa ini, inbois umum akan dikeluarkan untuk tiket parker di lokasi tumpuan. Industri lain akan menyusul.
What's Your Reaction?
