Now Reading
FTMUSDT Memberi Peluang Kenaikan Sebanyak 16%

FTMUSDT Memberi Peluang Kenaikan Sebanyak 16%

FTMUSDT : Bacaan harga bagi pasangan coin Fantom TetherUS pada hari ini menunjukan harga berada dalam keadaan menurun dan sedang berada betul di atas paras support iaitu pada 0.00655 (timeframe H1). Sepertinya FTMUSDT bakal melakukan kenaikkan harga kepada paras resistance iaitu 0.00786

Secara teknikalnya, harga FTMUSDT telah memecahkan trend menurun pada 2 Mac yang berlaku semenjak 25 Februari 2020. Ini menunjukan harga FTMUSDT sedang mula menaik dalam masa terdekat ini.

Kami mendapati harga FTMUSDT akan mencari harga pada paras resistance dalam lingkungan (0.00768 – 0.00802). Jika harga FTMUSDT berjaya menembusi paras tersebut, maka kami berpendapat FTMUSDT boleh membuat kenaikan harga ke paras resistance seterusnya iaitu 0.01057 . Walaubagaimanapun, analisa kita masih lagi melihat kepada paras terdekat ini sahaja iaitu pada ( 0.00768 – 0.00802 ).

Penurunan yang berlaku sebanyak (-18%) pada 25 Februari itu telah dipecahkan pada 2 Mac , dan kini harga FTMUSDT sedang memcuba untuk cuba mendapatkan semula harga 0.00786 (16%).

Kesimpulan untuk analisa pada kali ini, kami berpendapat harga FTMUSDT ini bakal membuat kenaikan sehingga ke paras resistance , dan jika paras resistance tersebut berjaya dipecahkan, maka FTMUSDT akan terus mencari harga 0.01057.

Amaran Risiko: Pelaburan Cryptocurrency merupakan pasaran yang berisiko tinggi. Semua analisa yang diberikan adalah bertujuan untuk berkongsi pendapat sahaja, tidak perlu mengikut semua analisa. Techcryption tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kerugian langsung, tidak langsung atau berbangkit akibat persaingan perdagangan. Sila buat pelaburan dengan berhati-hati.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top