Now Reading
Pelaburan XRP Sah Di Malaysia Menerusi Luno

Pelaburan XRP Sah Di Malaysia Menerusi Luno

Platform pertukaran kripto yang berpangkalan di London, Luno menawarkan pelaburan XRP kepada pelanggannya di Malaysia. Tawaran itu berkuatkuasa bermula 3 Mac 2020.

Di Malaysia, Luno yang menerima kelulusan kawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menawarkan rakyat negara ini dengan pasangan pelaburan Bitcoin (BTC) dan Ether (ETH). Sehubungan itu, dengan penambahan XRP ke dalam platform berkenaan, ia menjadikan jumlah keseluruhan kripto di Luno sebanyak tiga.

“Ripple adalah pilihan tepat untuk Luno dan aset digital lain memandangkan ia adalah mata wang digital pertama yang diadaptasi oleh institusi kewangan perdana. Tawaran Ripple menerusi pertukaran Luno memberikan pelbagai kelebihan buat pengguna terutamanya mereka di dalam pasaran membangun yang bergantung kepada mata wang kripto dalam perniagaan.”

See Also
Decentraland-Techcryption
CEO LUNO, Marcus Swanepoel

Bagi meraikan pembaharuan ini, kesemua pengguna boleh membuat pembelian XRP dengan pengurangan yuran selama 30 hari.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top