

Jumali sedang berusaha menghubungkan aset digital kepada umum bersama Techcryption.
Penyanyi Rap terkenal, Clifford Harris JR atau T.I., merupakan seorang penyanyi rap dari Atlanta bebas dari tuduhan pemalsuan sekuriti dengan mempromosi FLiK ICO. Penyanyi tersebut bebas dari tuduhan skim penipuan itu oleh mahkamah.
Walau bagaimanapun, dua lagi tertuduh iaitu Ryan Felton dan pelakon komedi terkenal Kevin Hard masih lagi didakwa. Ketiga-tiga nama didakwa kerana menyebabkan kerugian kepada pelabur sebanyak $2 juta kerana mempromosikan skim penipuan itu.
“Pihak plaintif menjelaskan bahawa Harris hanya menyarankan pengikut Twitter beliau untuk melayari laman web FLiK ICO. Mereka tidak memberikan sebarang kenyataan daripada Harris berkenaan nilai token tersebut. Oleh kerana kenyataan itu, bukti mengaitkan Harris dalam skim itu tidak cukup.”
Hakim Mahkamah Daerah, Charles Pannell Jr.
Pannel selaku Hakim juga menyatakan pihak pendakwa tidak dapat membuktikan jelas tentang cubaan penyanyi rap itu mempromosi skim tersebut.
What's Your Reaction?
