Now Reading
Turki dan Binance Teraju Projek Kripto

Turki dan Binance Teraju Projek Kripto

Turkey Steams Ahead with Binance on Crypto Projects-Techcryption-01

Turki antara negara yang pantas menerajui adaptasi teknologi mata wang kripto dan blockchain. Kini, sebuah bank di Turki, Ankbank telah bekerjasama dengan platform tukaran mata wang kripto, Binance.

Kerjasama itu adalah yang pertama secara terus antara bank dengan platform tukaran mata wang kripto. Kerjasama ini membolehkan rakyat Turki menyimpan dan mengeluar mata wang Turki, Lira dalam Binance. Perkembangan ini dikongsi oleh CEO Binance, CZ melalui laman Twitter milik beliau.

“Misi kami adalah untuk meningkatkan kebebasan di seluruh dunia dan negara yang pantas dalam perkembangan aset digital, dan kami ingin memberi lebih banyak pilihan untuk mengurangkan kesukaran sedia ada.”

See Also

CZ, CEO Binance

Kerajaan Turki menunjukkan kesungguhan dalam teknologi mata wang kripto dengan mengesahkan pelan untuk mata wang digital dikeluarkan oleh bank pusat Turki untuk tahun 2020. Selain daripada itu, bank penyelesaian terbesar Turki, Takasbank mula menjadikan emas dan komoditi lain secara digital.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top