Binance Bekukan Pelaburan, Komuniti Tuntut Penjelasan

Twitter dihujani dengan hantaran status bahawa pertukaran Binance membekukan operasinya. Pada awal Rabu, pertukaran itu mengumumkan ‘penyelenggaraan sistem sementara’ tanpa sebarang amaran awal.

Dilaporkan, Binance menggantungkan hampir kesemua perkhidmatan yang ada termasuk servis pengeluaran. Susulan itu, komuniti kripto termasuk penganalisis kripto Michal van de Poppe menuntut penjelasan daripada CEO Binance, Changpeng Zhao (CZ).

Setelah ramai pengguna yang meluahkan rasa tidak puas hati secara langsung kepada CZ, beliau akhirnya menghantar status yang mengatakan isu berlaku kerana masalah teknikal. Tambahnya, isu itu tidak melibatkan aset.

Setelah beberapa jam pengumuman itu dilakukan, CZ mengesahkan bahawa kesemua perkhidmatan dijalankan seperti sedia kala. Beliau menekankan bahawa kesemua dana adalah selamat, disertai hashtag #SAFU.

See Also

Ini bukan kali pertama Binance menghentikan seketika perkhidmatan pelaburan dengan tiba-tiba. Pada bulan lalu, pertukaran kripto berkenaan menghentikan seketika beberapa ciri utama. Ia termasuklah deposit, pengeluaran, spot dan margin trading serta beberapa perkhidmatan lain.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top