Now Reading
Mahkamah Tinggi India Luluskan Kripto, Tolak Sekatan RBI

Mahkamah Tinggi India Luluskan Kripto, Tolak Sekatan RBI

Mahkamah Tinggi India pada Rabu membenarkan pelaburan dalam mata wang kripto, sekali gus menghapuskan sekatan kripto oleh Bank Rizab India (RBI) ke atas pelaburan mata wang maya seperti Bitcoin.

Barisan hakim Rohinton Nariman, Aniruddha Bose dan V Ramasubramaniam mengumumkan penghakiman berkenaan yang difailkan oleh Persatuan Internet dan Mobile India (IAMAI), berhubung pengesahan pekeliling yang menyekat entiti dikawal selia RBI daripada berurusan dengan mata wang kripto.

Keputusan daripada mahkamah tinggi itu dikeluarkan susulan beberapa pendengaran petisyen yang menentang arahan RBI pada April 2018, melaksanakan sekatan ke atas perkhidmatan kewangan daripada melabur dalam mata wang kripto.  Ketika arahan berkenaan membatalkan sekatan itu ke atas pelaburan mata wang kripto haram, kerajaan telah sediakan satu draf undang-undang untuk menyekat perlombongan, pemilikan, penjualan, pelaburan, pengeluaran, pembuangan atau menggunakan mata wang kripto di negara berkenaan.

See Also
car 2020-techcryption

Di bawah draf undang-undang berkenaan, segala aktiviti yang dijelaskan berkenaan akan dijatuhkan hukuman sehingga 250 juta rupee ($3.63 juta) atau penjaran sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top