

Pengalaman hanya dua tahun dalam industri kewartawan belum cukup untuk…
Pertukaran Bitcoin terbesar dunia dari segi jumlah euro dan kecairan, Kraken secara rasmi mengumumkan bahawa Tron (TRX) akan disenaraikan ke dalam platformnya bermula 5 Mac. Pelaburan syiling akan dibenarkan selepas tawaran perkhidmatan deposit dan pengeluaran dibolehkan.
Menurut hantaran blog rasmi Kraken, Tron menyasarkan untuk mencapai lebih daripada visi Ethereum dalam mewujudkan web tidak berpusat. Pertukaran itu akan membenarkan deposit dan pengeluaran TRX kira-kira 14.30 UTC.
Pelaburan pertama akan bermula selepas pendanaan dibenarkan termasuk tempahan penjualan tidak boleh dilakukan sehingga deposit jelas dan pelaburan minimum awal adalah 500 TRX. Manakala deposit dan pengeluaran minimum adalah 2 TRX.
Pengguna diberikan pilihan untuk melabur menerusi empat pasangan pelaburan, di mana termasuklah Bitcoin dan Ethereum serta dua mata wang fiat, Euro dan Dolar AS. Pasangan pelaburan yang akan ditawarkan menerusi platform berkenaan adalah TRX/XBT, TRX/ETH, TRX/EUR, dan TRX/USD.
Ketika dilaporkan, TRX mencatat nilai $0.017921 dengan pasaran kapital $1,194,999,392.
What's Your Reaction?

Pengalaman hanya dua tahun dalam industri kewartawan belum cukup untuk menyampaikan berita berinformasi kepada pembaca. Posisi sebagai 'Malay Journalist' di Techcryption merupakan pembaharuan berlainan dalam menyelami masa depan teknologi dunia.