Now Reading
Crypto.com Soft Staking Dilancar

Crypto.com Soft Staking Dilancar

Crypto.com Soft Staking Goes Live-Techcryption-01

Crypto.com diasaskan pada tahun 2016, dan secara rasmi dikenali sebagai Monaco. Firma itu menawarkan aplikasi dompet mudah alih dan kad prabayar Visa MCO yang membenarkan pengguna untuk membeli, menjual, melabur dan membelanjakan mata wang kripto serta fiat.

Dengan lebih 1 juta pengguna dalam platform berkenaan, Crypto.com menyediakan alternatif terbaik dalam perkhidmatan kewangan tradisional dan dibina dalam asas keselamatan, peribadi dan pematuhan. Bagi meluaskan kelebihan berkenaan buat pengguna, platform tersebut kini melancarkan Crypto.com Soft Staking, menyediakan dengan pengguna kaedah baharu untuk meraih ganjaran sehingga 5% p.a menerusi deposit mata wang kripto dan disimpan dalam platform pertukaran tersebut.

Antara ciri utama perkhidmatan tersebut adalah faedah akan dibayar setiap hari berbentuk mata wang kripto, ganjaran yang ditawarkan adalah terma fleksibel dengan 11 mata wang kripto yang ditawarkan adalah BTC, ETH, USDT, USDC, XRP, LTC, EOS, XLM, ATOM, MCO, dan CRO. 

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top