Now Reading
Kripto Kini Sah Di Korea Selatan

Kripto Kini Sah Di Korea Selatan

Cryptocurrencies Now Legal In South Korea-techcryption

Perhimpunan Kebangsaan di Korea Selatan telah meminda Akta Laporan dan Penggunaan Maklumat Kewangan Spesifik sekaligus menjadikan mata wang kripto sah di negara berkenaan. Dilaporkan, proses enakmen itu akan bermula lagi setahun dan enam bulan selepas Presidennya, Jae-in Moon meluluskan pindaan berkenaan.

Selepas tempoh berkenaan, syarikat berkaitan mata wang kripto seperti platform pertukaran, trust dan dompet perlu mematuhi peraturan baharu berkenaan termasuk perkongsian pengesahan nama sebenar yang diluluskan oleh pihak bank tempatan.

Dalam pada itu, syarikat-syarikat perlu memperoleh sijil sistem pengurusan keselamatan maklumat (ISMS). Walaupun sijil berkenaan mahal, namun kesemua platform pertukaran perlu memohonnya dalam masa enam bulan setelah enakmen atau terpaksa berdepan dengan risiko ditutup.

See Also
JAPAN JOINS LIST OF COUNTRIES EXPLORING CENTRAL BANK CRYPTO ASSETS-techcryption

Komuniti kripto di negara berkenaan, terutamanya dalam kalangan pelabur tempatan menyuarakan pelbagai pendapat berhubung perundangan baharu berkenaan. Ada yang seronok akan pembaharuan itu sehingga menganggap ia ‘Era Syiling Baharu’ melanda Korea. Selebihnya menganggap pelaburan mata wang kripto tidak lagi akan dilihat sebagai perjudian.  

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top