

Pengalaman hanya dua tahun dalam industri kewartawan belum cukup untuk…
Universiti Kejuruteraan Maklumat Chengdu di wilayah Sichuan, China bakal menawarkan kursus pengajian teknologi blok rantai. Universiti berkenaan menerima kelulusan daripada Kementerian Pendidikan China dan menjadi yang pertama menawarkan program sedemikian.
Terdapat pelbagai program berkaitan teknologi blok rantai yang dijalankan di seluruh negara itu untuk mahasiswa, dan menerusi inisiatif baharu ini bakal membenarkan generasi muda di Chengdu mempelajari teknologi berkenaan.
Kejuruteraan Blok Rantai merupakan kursus major buat mahasiswa yang pertama diluluskan oleh China ketika negara lain pada tahun ini masih lagi memfokuskan ke arah Keselamatan Ruang Siber dan Pengurusan Rantai Bekalan.
“Pada masa akan datang, universiti ini akan bergantung kepada lapan site pembinaan profesional mahasiswa kelas pertama sedia ada dan 10 site pembinaan mahasiswa kelas pertama Wilayah Sichuan, dan menguatkan pembangunan konotatif kursus major mahasiswa yang baharu serta membina universiti kelas pertama pada era terkini.”
Universiti Kejuruteraan Maklumat Chengdu
What's Your Reaction?

Pengalaman hanya dua tahun dalam industri kewartawan belum cukup untuk menyampaikan berita berinformasi kepada pembaca. Posisi sebagai 'Malay Journalist' di Techcryption merupakan pembaharuan berlainan dalam menyelami masa depan teknologi dunia.