Now Reading
BTCUSDT Mencari Kekuatan Harga Terendah Untuk Terbang Lebih Tinggi Kepada Harga 11226.70

BTCUSDT Mencari Kekuatan Harga Terendah Untuk Terbang Lebih Tinggi Kepada Harga 11226.70

BTCUSDT : Bacaan harga pada pasangan Bitcoin TetherUS ini kini telah pecah trend dan sedang menuju harga terendah bagi membuka peluang untuk lebih ramai pembeli BTCUSDT sebelum ia menyambung semula perjalanan menuju harga 11226.70. Hal ini demikian kerana, harga BTCUSDT sedang membuat penurunan selepas tidak berjaya untuk membuka harga melebihi 9147.19 pada 6 March 2020 yang lepas.

Secara tenikalnya, harga BTCUSDT telah memecahkan trend menaik pada 27 Februari 2020 iaitu ke paras harga 8538.19. Tidak cukup dengan itu, terlihat pula penolakan harga pada paras 9147.19 yang memberi maksud pembeli tidak berminat dengan harga yang lebih tinggi buat masa ini. Seterusnya, harga BTCUSDT sehingga ke hari ini telah turun drastik ke paras harga 7731.00 dan berkemungkinan besar akan mencari kawasan support terdekat iaitu dalam lingkungan harga ( 7484.00 – 7318.00 ).

BTCUSDT telah membuat penurunan sebanyak (-15.94%) semenjak penolakan harga tersebut. Kini BTCUSDT akan turun sebanyak (-5%) untuk mencari paras support terdekat, sebelum mampu membuat keputusan pilihan arah market yang seterusnya.

Pendapat kami untuk minggu ini kepada BTCUSDT adalah peluang untuk membeli BTCUSDT pada harga terbaik.

HARGA CADANGAN MEMBELI BTCUSDT :

  1. 7484.00
  2. 7440.76
  3. 7433.94
  4. 6515.00

Zone seterusnya adalah merupakah zone penentuan, iaitu dalam lingkungan (8660.00 – 9147.19). Zone ini bakal menentukan kecenderungan minat pembeli dan penjual BTCUSDT. Jika harga BTCUSDT mampu naik melebihi paras harga 9147.19 , maka BTCUSDT berkemungkinan besar akan mencari harga pada paras resistance setrusnya iaitu pada 11226.70 . Manakala jika harga BTCUSDT tidak mampu melepasi harga 9147.19 tersebut, BTCUSDT akan mencari harga pada paras support terendah iaitu pada 6515.00 .

See Also
AJP fetch.ai-techcryption

Kesimpulannya, penurunan harga BTCUSDT ini hanyalah untuk mencari harga terbaik sebelum mendaki kepada harga yang lebih tinggi pada tahun ini. Halving untuk BTC dijangkakan bakal berlaku dalam bulan Mei ini. Justeru itu, ambillah peluang ini untuk mengumpul bilangan BTC sebelum harga mendaki kepada satu paras yang lebih tinggi dari sebelumnya.

Amaran Risiko: Pelaburan Cryptocurrency merupakan pasaran yang berisiko tinggi. Semua analisa yang diberikan adalah bertujuan untuk berkongsi pendapat sahaja, tidak perlu mengikut semua analisa. Techcryption tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kerugian langsung, tidak langsung atau berbangkit akibat persaingan perdagangan. Sila buat pelaburan dengan berhati-hati.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top