Now Reading
Beli Bitcoin? Bitcoin Apa?

Beli Bitcoin? Bitcoin Apa?

Pernahkah anda berborak dengan seseorang tentang mata wang kripto seperti Bitcoin (BTC)? Ada yang pernah mendengar atau tahu tentang BTC tetapi ada pula yang bertanya, Bitcoin yang mana satu?

Tidak semua mengetahui terdapat beberapa jenis Bitcoin yang ada di pasaran seperti Bitcoin Cash (BCH) atau Bitcoin Satoshi Vision (BSV). Wujud juga nama mata wang kripto yang lain dengan menggunakan nama Bitcoin.

Kewujudan mata wang kripto dengan nama Bitcoin ini wujud kerana beberapa faktor. Antaranya adalah kerana ‘hard fork’ atau pemisahan dengan blockchain Bitcoin yang asal, pertukaran protokol, serta penambahbaikan yang tiada pada blokchain asal.

Namun, terdapat juga mata wang kripto yang menggunakan nama Bitcoin digunakan oleh mereka yang berniat jahat. Terdapat beberapa kes penipuan yang menggunakan nama Bitcoin dan telah menyebabkan kerugian jutaan ringgit.

Anda boleh menggunakan laman sesawang yang memiliki kemampuan menganalisa pasaran mata wang kripto seperti CoinMarketCap (CMC) atau CoinGecko untuk mendapatkan maklumat lanjut sesuatu mata wang kripto.

Bitcoin Cash (BCH)

BCH wujud kerana ‘hard fork’ daripada blockchain asal Bitcoin. BCH menawarkan penambahbaikan dari segi kecekapan dan kapasiti yang tidak dimiliki blockchain BTC.

Bitcoin Satoshi Vision (BSV)

BSV pula adalah hasil ‘hard fork’ blockchain BCH yang lebih mengutamakan fungsi dan idea asal BTC.

Bitcoin Gold (BTG)

BTG adalah mata wang kripto yang boleh dihasilkan menggunakan unit pemproses grafik biasa tanpa menggunakan perkakas istimewa. Ini kerana BTC memerlukan kuasa dan pemproses yang tinggi dan tidak dapat dilakukan menggunakan unit pemproses grafik biasa.

See Also
How to trade on Poloniex -techcryption

Bitcoin Diamond (BCD)

BCD adalah hasil ‘hard fork’ daripada blockchain asal BTC. Ia menawarkan penambahbaikan seperti transaksi yang pantas serta menguatkan privasi untuk pengguna.

Bitcoin HD (BHD)

BHD menggunakan mekanisma baharu dipanggil ‘Conditioned Proof of Capacity’ (CPoC). Ia menggunakan cakera keras komputer untuk menghasilkan mata wang kripto. Berbeza dengan mata wang kripto lain.

Oleh kerana, pastikan anda melakukan bacaan dan kajian sebelum melabur dalam mana-mana mata wang kripto atau aset digital yang lain. Ini untuk mengelakkan anda dari melakukan kesilapan besar dan menyebabkan kerugian.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0
View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top