Now Reading
Adakah Mata Wang Kripto Sejenis Aset Digital?

Adakah Mata Wang Kripto Sejenis Aset Digital?

5 Best Crypto & Blockchain Books Everyone Should Read-techcryption-01

Perkataan mata wang kripto adalah satu perkataan yang sudah sinonim dalam dunia kripto. Tetapi, adakah anda tahu apa itu aset digital?

Mata wang kripto bukanlah satu-satunya aset digital yang wujud. Terdapat pelbagai jenis aset digital yang boleh didapati. Aset digital bermaksud kandungan dalam bentuk digital yang dimiliki oleh sesuatu entiti.

Kebanyakan aset digital memiliki nilai berharga tetapi tidak terhad kepada nilai kewangan.

Sebagai contoh, gambar foto yang diambil menggunakan telefon pintar dikategorikan sebagai aset digital. Begitu juga dengan maklumat peribadi kita.

Aset digital juga terdapat dalam bentuk dokumen, perisian, data, seni rekaan, muzik, laman sesawang, mata wang kripto dan banyak lagi.

Adakah Mata Wang Kripto Aset Digital Sah Di Malaysia?

YA! Mata wang kripto adalah sejenis aset digital yang sah dimiliki oleh rakyat Malaysia. Dalam Akta Perkhidmatan dan Pasaran Modal Malaysia 2007, ia diterangkan sebagai sejenis perwakilan nilai data yang direkod dalam lejar agihan digital. Ia boleh ditukar dan didagangkan dengan nilai.

Setakat artikel ini ditulis, terdapat tiga tukaran mata wang kripto yang sah beroperasi di Malaysia. Kebenaran ini dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada tahun 2019.

See Also

Tukaran tersebut adalah LUNO, SINEGY, dan TOKENIZE. Tiga syarikat ini membolehkan rakyat Malaysia membeli, menjual dan menyimpan mata wang kripto seperti Bitcoin, XRP, dan Litecoin.

Selain daripada tiga syarikat di atas, SC telah menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mana-mana pihak yang tidak berlesen atau tidak mendapat kebenaran daripada SC. Ini kerana terdapat pelbagai kes yang menyumbang kepada kerugian jutaan ringgit sebelum ini selain berisiko tinggi.

Adakah anda rasa perlu untuk menyimpan aset digital?

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0
View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top