Now Reading
Apa Itu Tukaran Desentralisasi (DEX)?

Apa Itu Tukaran Desentralisasi (DEX)?

Send Your Crypto Through Handshake-Techcryption-01

Bayangkan platform tukaran kripto yang tidak memerlukan anda untuk mendeposit dana. Bayangkan jika anda tidak perlu untuk melalui proses KYC. Bayangkan, anda mengawal dana sepenuhnya tanpa risau dengan risiko platform tukaran digodam.

Itulah dia platform tukaran desentralisasi (DEX).

Apa itu DEX?

DEX adalah sebuah platform tukaran yang tidak memiliki pengurusan pusat seperti platform tukaran mata wang kripto biasa. DEX menggunakan kemampuan teknologi blockchain dengan kebolehan kontrak pintar untuk pelaksanaan operasi.

Apa kelebihan DEX?

Berbanding dengan platform tukaran biasa, terdapat beberapa kelebihan yang dimilik oleh DEX.

Keselamatan

Faktor keselamatan adalah faktor utama untuk sesuatu aset. DEX tidak menggunakan pihak ketiga sebagai pemegang dana, jadi anda sendiri yang mengawal dana anda.

Selain itu, DEX juga sukar untuk digodam. Ini kerana ia tiada maklumat serta kawalan berpusat. Jadi mustahil untuk penggodam mencuri maklumat peribadi anda.

Privasi

Proses KYC boleh menjadi satu proses yang melecehkan. Terutamanya ketika anda diminta untuk berkongsi gambar kad pengenalan dan maklumat peribadi yang lain.

DEX membantu untuk mengatasi isu tersebut. Namun, terdapat beberapa platform DEX yang memerlukan pengguna untuk mendaftar menggunakan alamat emel.

DEX juga dapat membantu pengguna dari negara yang tidak mengalu-alukan mata wang kripto.

Kekurangan DEX

Walau yang demikian, DEX juga masih memiliki kekurangan. Bagi pengguna baharu dalam mata wang kripto, DEX mungkin menjadi satu cabaran atas beberapa faktor.

Tanggungjawab Pengguna

Bagi pengguna DEX, segala kesahihan dan tanggungjawab di tangan anda.

Sekiranya berlaku kesilapan semasa memasukkan alamat dompet atau jumlah, proses ini tidak boleh dikembalikan dan mata wang kripto anda tidak dapat dikesan.

Malah, jika anda terlupa kata kunci dompet anda atau kehilangan frasa kunci anda, tiada apa yang anda dapat lakukan.

Kecairan

See Also

Antara isu utama yang dihadapi sesetengah platform DEX adalah kecairan aset. Ini akan berlaku kerana platform tersebut tidak memiliki pengguna yang ramai atau permintaan aset untuk memenuhi permintaaan pengguna.

Badan-badan Kawalan

Walaupun ia tidak berpusat, DEX tetap menjalankan aktiviti tukaran mata wang kripto. Bagi negara yang mewartakan bahawa mata wang kripto adalah aset, DEX tetap memerlukan kebenaran untuk beroperasi.

Cabaran di sini adalah DEX tiada pihak pengurusan dan semua operasi pelaksanaan dijalankan oleh kod-kod komputer serta kontrak-kontrak pintar. Malah, ia menggunakan teknologi blockchain yang tidak pula memiliki pelayan utama.

Malang bagi kes sebelum ini oleh EtherDelta pada tahun 2018. Pengasasnya disabitkan kesalahan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Tukaran Amerika Syarikat (SEC) kerana menjalankan tukaran mata wang kript tanpa kebenaran.

Apa DEX yang boleh dipercayai?

Terdapat beratus-ratus DEX yang beroperasi sekarang. Namun, tidak semuanya boleh dipercayai.

Anda boleh dapatkan maklumat DEX dengan menggunakan laman sesawang penganalisis pasaran seperti CoinGecko.

Berikut adalah 10 DEX utama berdasarkan jumlah tukaran semasa artikel ini ditulis.

  1. Uniswap (V2)
  2. Curve Finance
  3. Aave
  4. 1inch
  5. Compound Finance
  6. Balancer
  7. Synthetix Exchange
  8. Kyber Network
  9. 0x Protocol
  10. dYdX

Apakah pendapat anda tentang DEX? Ingin cuba?

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0
View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top