Now Reading
Apa itu DeFi?

Apa itu DeFi?

DeFi atau ‘decentralized finance’ (kewangan tidak berpusat) menjadi bahan bualan yang panas dalam industri mata wang kripto sejak 2019. Perkembangan drastik mula berlaku pada tahun 2020 dan melonjakkan Jumlah Nilai Terkunci dalam projek-projek DeFi kepada $6.7 bilion.

Memahami DeFi

Bayangkan anda pergi ke sebuah bank untuk membuka akaun, memohon pinjaman, atau membuat pelaburan. Anda juga ingin membuat kiriman wang, membuat tukaran, dan menerima bantuan kewangan daripada kerajaan. Perkhidmatan-perkhidmatan ini ditawarkan oleh sesebuah bank dan kerajaan.

DeFi juga menawarkan perkhidmatan-perkhidmata tersebut tetapi dengan cara yang berbeza, tanpa kawal selia pusat. Ini bermakna, setiap transaksi yang berlaku tidak melibatkan mana-mana pihak ketiga.

Teknologi

Cara ini dapat dilakukan menggunakan kelebihan teknologi blok rantai dan kontrak pintar. Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang teknologi tersebut, sila baca melalui capaian di bawah.

Apa itu Blockchain?

Apa itu Smart Contract?

Perkhidmatan yang ditawarkan

Dengan menggunakan kontrak pintar dalam ekosistem blok rantai seperti Ethereum, terdapat pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan dalam DeFi. Antaranya adalah seperti Pinjaman (Lending), Tukaran Tanpa Pusat (DEX), Terbitan (Derivatives), Pembayaran (Payment) dan Aset.

Ini memberikan pengguna kawalan mutlak terhadap kewangan mereka berbanding institusi perkhidmatan biasa.

Kelebihan

Setiap perkhidmatan yang ditawarkan dalam DeFi dapat diakses dengan menggunakan komputer atau telefon pintar yang memiliki talian internet.

Pengguna juga tidak perlu pergi ke mana-mana cawangan atau pejabat, perkhidmatan seharian tanpa cuti, jumlah pelaburan minimum rendah, tanpa sentuh, dan sesuai untuk pengguna yang mengutamakan kehidupan digital.

DeFi juga menawarkan pulangan menarik serta fi lebih rendah berbanding institusi perkhidmatan yang biasa.

10 Projek DeFi Utama

See Also

Menurut laman sesawang DeFi Pulse, berikut adalah 10 projek DeFi utama berdasarkan Jumlah Nilai Terkunci mereka. (seperti pada 24/8/2020)

  1. Maker – Pinjaman
  2. Aave – Pinjaman
  3. Curve.Finance – DEX
  4. Yearn.Finance – Aset
  5. Compund – Pinjaman
  6. Synthetix – Terbitan
  7. WBTC – Aset
  8. Balancer – DEX
  9. Uniswap – DEX
  10. InstaDApp – Pinjaman

Risiko

Tiada istilah ‘bebas risiko’ dalam urusan kewangan. Dompet kita juga boleh hilang. Begitu juga dalam ruangan DeFi.

Isu yang paling besar adalah kesahihan dan kawal selia oleh kerajaan. Pengguna mungkin akan terlibat dengan penggubahan wang haram atau pengelakan cukai tanpa disedari. Ini menimbulkan cabaran dan kesamaran dalam sistem kewangan sesebuah negara.

Selain itu, anda juga terdedah dengan risiko godaman dan pecah masuk oleh pihak tidak bertanggungjawab. Terdapat kes dimana dana simpanan dicuri oleh penggodam dengan mengambil kesempatan dalam kelemahan sistem pengekodan.

DeFi adalah sesuatu yang menarik dan berpotensi besar. Pengguna bertanggungjawab untuk melakukan usaha wajar sebelum menggunakan atau melabur dalam mana-mana projek.

Adakah DeFi juga akan menyepi di kemudian hari seperti ICO pada 2017?

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
1
Okay
1
Sad
0
View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top