Now Reading
Antara Bursa Mata Wang Kripto Sah & Haram di Malaysia

Antara Bursa Mata Wang Kripto Sah & Haram di Malaysia

Apakah perbezaan antara bursa mata wang kripto (crypto exchange) yang sah dengan yang tidak? Apakah implikasi menggunakannya?

Bursa mata wang kripto adalah platform yang membenarkan pengguna untuk menjual beli atau terlibat dengan perkhidmatan yang disediakan oleh platform tersebut.

Baca lebih lanjut tentang bursa mata wang kripto di sini.

Apa yang sah dan tidak sah?

Sebuah bursa mata wang kripto yang sah bermaksud mendapat kebenaran daripada pihak kawal selia sesuatu negara untuk beroperasi.

Di sini terdapat dua perkara berbeza iaitu mata wang kripto dan bursa. Sesetengah negara tidak mengiktiraf mata wang kripto sebagai mata wang yang sah untuk digunakan tetapi membenarkan bursa untuk beroperasi.

Sebagai contoh, Jepun mengiktiraf Bitcoin sebagai mata wang yang sah dan membenarkan bursa beroperasi selepas mendapat kebenaran Agensi Perkhidmatan Kewangan Jepun.

Manaka di Amerika Syarikat (AS) pula, Bitcoin tidak diiktiraf sebagai mata wang yang sah tetapi membenarkan bursa beroperasi secara sah di beberapa negeri.

Secara umum, bursa mata wang kripto perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak kawal selia negara untuk beroperasi.

Di Malaysia, tiga buah bursa mata wang kripto mendapatkan kebenaran untuk beroperasi daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Bursa tersebut adalah Luno, Sinegy dan Tokenize yang dibenarkan untuk menjalankan operasi Bursa Aset Digital (DAX) setakat ini.

Pengguna boleh membuat semakan di sini.

Oleh itu, rakyat Malaysia boleh membeli, menjual dan menyimpan mata wang kripto seperti Bitcoin, Litecoin dan XRP secara sah melalui tiga bursa tersebut. Selain daripada tiga bursa ini, bursa lain beroperasi secara haram di Malaysia.

Mana yang lebih baik?

Setiap bursa menawarkan perkhidmatan dan produk berbeza kepada pengguna. Apa yang lebih penting dalam isu bursa yang sah atau tidak adalah dari segi keselamatan dana pengguna.

See Also
header-of-crypocurrency-exchanges-techcryption

Jika pengguna menggunakan perkhidmatan daripada bursa haram, pengguna terdedah kepada risiko penipuan, kehilangan dana, tidak layak mendapatkan bantuan perundangan, dan boleh didakwa bersubahat.

Di Malaysia, SC boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap bursa haram dan jika disabitkan kesalahan, denda tidak lebih RM 10 juta atau penjara tidak lebih sepuluh tahun, atau kedua-duanya sekali.

Teroka aset digital dengan bijak!

Walaupun terdapat banya bursa mata wang kripto yang popular di luar sana, pengguna harus memahami risiko yang diambil dan bertanggungjawab dalam membuat pelaburan.

Sentiasa lakukan kajian dan semak dengan badan kawal selia terhadap sesebuah bursa mata wang kripto untuk menghindari daripada kerugian dan perkara lain yang tidak diingini.

Anda sudah cuba melabur dalam mana-mana aset digital?

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
1
Happy
0
Okay
1
Sad
0
View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top