Now Reading
Melombong Bitcoin Menggunakan Pelayar Internet?

Melombong Bitcoin Menggunakan Pelayar Internet?

Menurut satu kertas kajian yang diterbitkan oleh Sergio Dermain Lener, ketua saintis di RSK, Satoshi Nakamoto melombong kira-kira sejuta Bitcoin menggunakan sebuah komputer berkemampuan tinggi.

Kertas kajian yang bertajuk ‘The Patoshi Mining Machine’ itu juga menyangkal dakwaan sebelum ini bahawa Satoshi Nakamoto menggunakan 50 buah komputer untuk melombong Bitcoin.

Sejak dari itu, kaedah melombong Bitcoin berubah. Antara salah satu cara yang boleh digunakan adalah dengan menggunakan pelayar internet.

Baca lebih tentang melombong mata wang kripto di sini.

Apa itu melombong menggunakan pelayar internet?

Cara ini membolehkan pengguna untuk melombong Bitcoin menggunakan pelayar internet yang tertentu.

Setakat ini, CryptoTab adalah satu-satunya pelayar yang menawarkan perkhidmatan tersebut. Ia mampu melombong Bitcoin pada masa yang sama memberikan pengguna pengalaman melayar internet yang terbaik.

Bagaimana ia berfungsi?

Pelayar CryptoTab dilengkapi dengan algoritma yang membolehkan ia melombong Bitcoin tanpa menganggu pengguna ketika menggunakannya.

Selain itu, ia membolehkan pengguna untuk menyambungkan beberapa komputer dan peranti lain untuk melombong dengan lebih berkesan.

CryptoTab menggunakan sumber perkomputeran yang tidak digunakan oleh komputer seperti unit CPU dan RAM. Ia juga dilengkapi dengan kebolehan ‘boost’ iaitu membolehkan pengguna menggandakan kemampuan melombong melebihi 10 kali ganda.

See Also
New Evidence Emerged Putting XRP Under Increased Scrutiny_techcryption-01

Berbaloi ke?

Sejujurnya, melombong menggunakan pelayar internet tidak akan sama seperti teknik melombong Bitcoin secara biasa. Industri melombong Bitcoin sangat canggih hingga menggunakan peralatan khas. Selain itu, ia juga memerlukan sumber yang lebih besar dan tidak berbaloi untuk pengguna biasa.

Namun yang demikian, CrytoTab menganjurkan program lain untuk pengguna mereka seperti program rujukan. Pengguna boleh mendapatkan bonus program hingga 10 tahap rangkaian rujukan.

Melombong menggunakan pelayar internet hanyalah salah satu cara yang sering digunakan oleh penggemar mata wang kripto. Seiring dengan perkembangan industri, banyak lagi cara yang diperkenalkan untuk memenuhi kehendak pasaran.

Anda sanggup cuba ke?

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0
View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top