Now Reading
Pengajaran Kes Penipuan BitClub Network

Pengajaran Kes Penipuan BitClub Network

Setiap tahun, jutaan ringgit lesap kerana aktiviti penipuan. Kes yang melibatkan Bitcoin juga tidak terkecuali. Baru-baru ini, salah satu ketua BitClub Network mengaku bersalah dalam mempromosi skim palsu yang melibatkan mata wang kripto.

Sejak penubuhan BitClub Network dari tahun 2014 hingga 2019, mereka berjaya mengutip sebanyak $722 juta kira-kira bersamaan dengan RM3.0 bilion.

BitClub Network dikatakan menawarkan mangsa untuk melabur dalam skim melombong Bitcoin dan komisyen jika dapat menarik pelabur baru. Macam pernah dengar, betul tak?

Ini kerana kebanyakan skim penipuan atau palsu di luar sana menggunakan teknik yang sama. Kebiasaannya, pelabur yang mendapat ‘hasil’ pelaburan mereka dikira bertuah kerana banyak mangsa yang kehilangan segala-galanya.

Di mana silapnya?

Jika ada individu atau organisasi yang menawarkan anda skim-skim sedemikian. Berikut adalah beberapa perkara yang anda harus ambil kira:

Tidak semua lombong Bitcoin itu lombong emas

Landskap perlombongan mata wang kripto semakin berubah. Pada awalnya, anda boleh menggunakan komputer yang biasa untuk melombong dalam rangkaian Bitcoin. Tetapi sekarang, anda akan memerlukan peralatan yang lebih berkebolehan. Jadi, untuk anda menjalankan rangkaian perlombongan tidak begitu menguntungkan seperti dahulu.

Di Malaysia, kebanyakan perlombongan Bitcoin dijalankan secara haram dengan mencuri elektrik dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mengelakkan bayaran yang tinggi.

Adakah ia Bitcoin yang sebenar dan sah?

Nama Bitcoin sering disalahgunakan oleh organisasi dan individu yang tidak bertanggungjawab untuk menipu mangsa. Ini kerana Bitcoin tidak dimiliki secara khusus oleh mana-mana organisasi kerana sifatnya yang tidak berpusat. Ini membuatkan mangsa percaya bahawa mereka melabur untuk Bitcoin walhal tidak.

Keuntungan Terjamin

Rakyat Malaysia yang terjebak dengan skim penipuan sebegini mudah cair dengan jaminan keuntungan yang tidak masuk akal. Andai kata simpanan tetap membawa pulangan kira-kira 3-6%, mereka menawarkan pulangan berpuluh hingga beratus peratus. Logik ke tidak?

Model perniagaan yang meragukan

See Also

Antara persamaan skim penipuan ini adalah anda sukar untuk memahami model perniagaan mereka. Contohnya, tidak jelas tentang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, dan tiada maklumat jelas dalam laman rasmi mereka.

Jika anda berpeluang menghubungi wakil mereka secara terus dan mereka lebih suka mengelak dan tidak memberikan penjelasan yang memuaskan, mohon angkat kaki.

Berfikir secara rasional!

Ia adalah sesuatu yang mustahil untuk menghentikan aktiviti penipuan. Ini kerana akan muncul skim-skim baharu yang lebih bagus untuk menarik mangsa yang mudah tertipu serta mereka yang terdesak.

Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan mempersiapkan diri anda serta orang sekeliling anda dengan maklumat yang betul.

Jika anda terlibat dengan skim penipuan sebegini, anda boleh didakwa sebagai rakan subahat!

Jadi, awas!

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0
View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top