Now Reading
Apa itu NFT?

Apa itu NFT?

4000 BTC Will Be in Auction by The US Authority-techcryption

Dalam ruang blok rantai dan mata wang kripto, terdapat pelbagai jenis token yang dihasilkan seiring dengan kemajuan teknologi tersebut. Wujud token utiliti, sekuriti dan juga NFT atau ‘non-fungible’ token, token tidak sepiawai.

Konsep sepiawai dan tidak sepiawai

Bitcoin (BTC) adalah mata wang kripto yang sepiawai. Ia boleh ditukar ganti dengan unit BTC lain yang sama nilai. 1 BTC digantikan dengan 1 BTC. Wang kertas RM 10 boleh ditukar dengan wang kertas RM 10 yang lain. Perkara ini dinamakan sepiawai.

Bagi token yang tidak sepiawai pula, NFT tidak boleh ditukar ganti. NFT menggunakan token jenis ERC721 dengan kontrak pintar dalam blok rantai, membolehkan ia menyimpan maklumat unik seperti hak milik dan ciri-ciri tambahan.

Fungsi-fungsi

Kebolehan untuk menyimpan informasi unik ini membolehkan industri blok rantai dan mata wang kripto untuk meneroka kepelbagaian fungsi NFT. Contohnya, NFT boleh digunakan untuk mewakilkan aset khusus, sama ada aset maya atau aset nyata.

Kolektibel digital

Antara kegunaan popular NFT adalah untuk kolektibel aset digital. Sama seperti kolektibel sebenar, beberapa aset digital adalah terhad, unik dan berharga.

Kebiasaannya, permainan berasaskan blok rantai menggunakan NFT untuk menghasilkan token yang unik dan hak milik yang eksklusif. Contohnya, permainan CryptoKitties membolehkan pemain untuk membiak, mengumpul, dan memperdagangkan kucing maya. Setiap kucing memiliki NFT dengan maklumat tambahan seperti imej, pembiakan, pemilikan, dan nombor siri.

Selain itu, Major League Baseball (MLB) Champions adalah permainan yang menggunakan NFT. Permainan yang dilesenkan oleh MLB ini membolehkan pemain mengumpulkan ‘bobblehead’ digital yang terhad dan unik pemain-pemain MLB.

Permainan popular Minecraft juga bakal melancarkan NFT untuk pemain mereka.

Bukti digital

See Also
Bitstamp-Header-techcryption

NFT juga berguna untuk dijadikan bukti atau pensijilan untuk pengguna. Antaranya seperti bukti kehadiran atau bukti memiliki tiket yang sah. Ia juga membantu dalam menentukan ketulenan dan tambah nilai untuk pemiliknya.

Pemilikan hartanah

NFT juga boleh digunakan untuk membuktikan pemilikan unit hartanah dengan menyertakan maklumat yang diperlukan. Ianya tidak mustahil dengan menggunakan blok rantai khusus untuk urusan hartanah. Ia membolehkan proses antara pihak yang terlibat lebih pantas, telus, dan unik.

Ini hanyalah beberapa contoh penggunaan NFT. Sama seperti teknologi blok rantai memperbaiki kebolehan teknologi lain, NFT memajukan lagi kebolehan sedia ada.

Adakah anda memiliki NFT?

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0
View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top