Now Reading
Bank Kripto Pertama Dunia, Kraken Jadi Tumpuan

Bank Kripto Pertama Dunia, Kraken Jadi Tumpuan

Pada 16 September 2020, Kraken mengeluarkan sebuah kenyataan tentang kelulusan permohonan mereka sebagai Special Purpose Depository Institution (SPDI), atau institusi penyimpanan khas. Ini menjadikan Kraken sebagai bank mata wang kripto yang pertama di dunia sah untuk beroperasi.

Kraken Financial, nama tentatif yang diberikan akan menjadi tumpuan dan model untuk institusi lain dalam dan luar dunia mata wang kripto.

Apa itu SPDI?

SPDI adalah sebuah inisiatif yang dikawal selia oleh Badan Perundangan Wyoming pada 2019. Inisiatif ini membenarkan sesebuah bank menerima deposit, aktiviti fidusiari, simpanan, pengurusan aset dan perkhidmatan lain.

Sama seperti bank kustodian atau penjagaan yang mengutamakan aset digital seperti mata wang virtual, sekuriti digital dan token utiliti.

Walau yang demikian, SPDI boleh juga menerima aset tradisional. Namun, kawal selia tidak membenarkan SPDI melakukan pinjaman menggunakan simpanan wang fiat pelanggan mereka. SPDI juga tidak perlu untuk mendapatkan insuran daripada Federal Deposit Insurance Corporation. SPDI tetap boleh memohon jika perlu.

Sebagai sebuah bank yang sah, Kraken Financial perlu memastikan kadar rizab tunai pelanggan pada tahap 100%, sesuai dengan undang-undang Wyoming. Ia juga dikawal selia oleh Bahagian Perbankan Wyoming.

Apa yang ditawarkan oleh Kraken Financial?

Dalam pengumuman yang dikeluarkan oleh Kraken, ia menyatakan akan fokus kepada perkhidmatan mata wang kripto pada tahun pertama. Pelanggan akan dapat menyimpan mata wang kripto, membuka akaun Demand Deposit Account (DDA), pindahan wang, dan perkhidmatan danaan.

See Also

Bank biasa hanya membenarkan pengguna membuka akaun simpanan fiat, Kraken menawarkan perkhidmatan untuk fiat dan mata wang kripto. Ini akan membolehkan orang ramai untuk berurusan menggunakan mata wang kripto secara meluas seperti membuat bayaran, pindahan, atau menerima gaji bulanan melaluinya.

Kraken Financial bertujuan untuk menghubungkan mata wang kripto dengan kewangan tradisional dengan lancar dan mudah kepada pelanggan mereka. Ia akan menawarkan lebih banyak produk dan perkhidmatan pada masa akan datang seperti tawaran simpanan aset digital yang dipertingkat, staking, simpanan amanah, perbankan mudah alih, kad debit, dan perkhidmatan untuk pelanggan korporat.

Dengan berita baik ini, masih wujud negara yang bergelut dalam menguruskan kawal selia mata wang kripto. Kelulusan yang diberikan kepada Kraken Financial akan menarik perhatian dari seluruh dunia. Selain itu, ia menimbulkan banyak persoalan seperti kesan ekonomi terhadap sesebuah negara dan penduduknya.

Adakah ini sebuah berita yang baik atau ia melawan idea asal kewujudan mata wang kripto?

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0
View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top