Now Reading
‘Peneroka DeFi’ Tidak Endah Risiko Tinggi

‘Peneroka DeFi’ Tidak Endah Risiko Tinggi

Menurut satu kaji selidik yang diterbitkan oleh CoinGecko awal minggu ini, ‘yield farmer’ tidak risau membuat pelaburan berisiko tinggi. Tetapi, ada juga yang melabur tanpa pengetahuan yang mendalam.

‘Yield farmer’ atau nama panggilan yang diberikan kepada pelabur yang aktif melabur menggunakan platform kewangan tidak berpusat (DeFi).

Antara penemuan yang menarik adalah,

  • Tujuan utama pelaburan responden adalah untuk simpanan jangka masa panjang, HODL.
  • 49% responden tidak melabur dalam projek yang tidak diaudit, tetapi 26% sanggup.
  • 79% responden sedar tentang risiko pelaburan mereka. Tetapi, 40% daripada mereka tidak tahu membaca kontrak pintar.

Suasana DeFi dalam industri mata wang kripto baru-baru ini meriah dengan ‘yield farming’ atau pelaburan kadar hasil.

Apa itu pelaburan kadar hasil?

Istilah ‘yield farming’ ini bermakna sejenis pelaburan yang mengutamakan pendapatan kadar faedah daripada perkhidmatan DeFi yang berbeza. Boleh jadi perkhidmatan itu dalam bentuk pinjaman, dana kecairan bersama, skim insentif dan banyak lagi.

Ibaratnya, pelabur adalah sebuah bank individu yang menggunakan platform tidak berpusat untuk melabur dalam aktiviti berfaedah tinggi. Oleh kerana itu setiap usaha wajar dan risiko ditanggung oleh pelabur sendiri.

Risiko yang dihadapi

Momentum DeFi sukar untuk diberhentikan, banyak projek baharu yang diperkenalkan hampir setiap hari. Namun, terdapat juga beberapa projek yang mencurigakan dan sekadar jenaka.

Ditambah pula dengan kreativiti nama projek, daripada nama sayuran hingga ke makanan, yang sebenarnya agak mencuit hati. Begitu juga dengan risiko yang dihadapi pelabur.

Antara risiko yang jelas dalam pelaburan jenis ini adalah penipuan yang mengambil kesempatan suasana DeFi. Pelabur awal tinggal berputih mata dengan kerugian jutaan ringgit kerana tertipu. Projek Yfdexf.finance adalah salah satu contoh penipuan yang menyebabkan kerugian kira-kira RM80 juta dana pelabur.

Wujud juga risiko dari segi teknikal seperti kontrak pintar yang digunakan. Contohnya, Yam Finance hanya bertahan lebih kurang 48 jam setelah kontrak pintar yang digunakan mempunyai pepijat serta kelemahan pengekodan.

Kesannya, dana kira-kira RM3 juta lesap dan token bernilai dalam RM2 bilion terkunci untuk selama-lamanya. Token YAM pula mengalami pergerakan harga mendadak, ia melonjak hingga ke paras RM670 dan menjunam ke paras RM3.

See Also

Kejadian ini disebabkan projek tersebut menggunakan kontrak pintar yang tidak diaudit. Apa yang lebih mengejutkan adalah, pihak pemaju projek telah berterus-terang sejak awal tentang kontrak pintar mereka. Namun, pelabur tetap mengambil risiko tersebut dan menerima akibat yang agak buruk.

Pelabur juga terdedah dengan risiko kecairan modal. Risiko ini biasanya akan terjadi ketika jumlah nilai dana dalam pasaran mengatasi jumlah bekalan token semasa. Ibaratnya, ATM kehabisan wang tunai dan pengguna tidak dapat mengeluarkan wang.

Risiko-risiko inilah yang perlu diambil oleh pelabur. Malah, dana permodalan yang optimum untuk pelaburan jenis ini adalah kira-kira dalam RM 4,000. Hasil kaji selidik mendapati, 52% modal pelabur dibawah modal optimum. Ia bukannya jumlah yang sedikit.

Risiko atau faedah?

Kaji selidik itu juga mendapati bahawa pelabur sedar akan risiko-risiko tersebut dan ianya boleh diuruskan. Mungkin mereka benar-benar masak dengan risiko dan nilai keuntungan faedah itu lebih indah di mata mereka.

Bak kata pepatah lama, berani buat berani tanggung.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0
View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top