Now Reading
Adakah Aset Digital Mampu Kurangkan Pengangguran?

Adakah Aset Digital Mampu Kurangkan Pengangguran?

Menurut satu soal selidik oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia baru-baru ini, 75,000 graduan baharu tahun ini akan menghadapi cabaran besar dalam mencari pekerjaan.

Satu lagi statistik yang diterbitkan oleh Kementerian Sumber Manusia menyatakan bahawa lebih daripada 80,000 orang hilang pekerjaan sejak awal tahun ini. Faktor utama ini disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Namun yang demikian, kerajaan Malaysia aktif dalam memperkenalkan inisiatif untuk mengurangkan kadar pengangguran. Bagaimanapun, keadaan pandemik yang berterusan memaksa beberapa sektor untuk berhenti beroperasi seperti biasa. Ini sudah tentu akan memberi kesan besar kepada dua golongan tersebut.

Peningkatan ekonomi ‘gig’

Ianya tidak dinafikan bahawa ekonomi ‘gig’ atau pekerjaan sementara memberi kesan yang besar untuk mengurangkan kadar pengangguran. Dalam lima tahun akan datang, dianggarkan 40 peratus tenaga kerja di Malaysia adalah dari pekerjaan sementara.

Tambahan lagi, kerajaan Malaysia menggalakkan pertumbuhan ekonomi dengan menawarkan geran jutaan ringgit untuk memajukan platform-platform yang terlibat. Namun, sokongan seperti ini harus diteruskan dalam bentuk yang lain seperti aset digital.

Memperkenal blok rantai dan aset digital

Kini, kerajaan Malaysia membenarkan perdagangan aset digital seperti Bitcoin melalui bursa aset digital yang mendapat kebenaran Suruhanjaya Sekuriti. Namun, landskap aset digital ini masih baru berbanding projek-projek inovasi di luar sana.

Tahap kesedaran tentang Bitcoin masih lagi rendah di Malaysia, tetapi, ini seharusnya menjadi peluang untuk membuka peluang kepada rakyat umum. Ini kerana, terdapat banyak cara untuk menjana aset digital aset tanpa perlu modal yang besar.

Industri blok rantai dan aset digital bukan sekadar pelaburan. Ia juga dapat memberi tambah nilai dalam penggunaan teknologi sedia ada.

Sebagai contoh, Brave merupakan pelayar internet yang memberikan pengguna ganjaran dalam bentuk aset digital. Ia juga memiliki ciri untuk memberikan ‘tip’ kepada pengguna lain yang berdaftar dengan Brave Rewards.

Terdapat juga platform ‘blogging’ dan media sosial yang menggunakan teknologi blok rantai. Antaranya adalah Steemit, Hive, dan terbaharu, Torum. Dengan menggunakan platform ini, pengguna akan menerima ganjaran dalam bentuk aset digital apabila menerbitkan ‘post’ baharu, menerima ‘Like’, atau berkongsi kandungan.

See Also

Selain itu, wujud juga projek seperti Emanate, DLive, dan VibraVid yang memberi ganjaran kepada pengguna yang memuat naik musik, video strim, menonton, dan juga mendengar. Sama seperti Youtube, Spotify, Twitch, TikTok, dan banyak lagi.

Persoalan utama di sini adalah, jika platform lain lebih popular dan ramai pengguna, mengapa perlu menggunakan platform blok rantai?

Ia tidak dapat disangkal bahawa platform yang lebih popular akan menjadi pilihan utama. Tetapi, platform blok rantai semakin mendapat tarikan. Tambahan lagi, aset digital mempunyai kelebihan tersendiri berbanding mata wang tunai, seperti privasi dan penglibatan pihak ketiga.

Seharusnya, platform blok rantai menjadi alternatif kepada penganggur untuk membantu kewangan mereka. Buat masa ini, tiada resepi mudah untuk menggantikan pekerjaan tetap menggunakan aset digital.

Apa yang pasti adalah aset digital semakin mendapat tarikan di seluruh dunia terutama pihak kawal selia dan bank. Sudah tentu ia tidak akan berhenti di situ.

Adakah anda setuju jika aset digital mampu kurangkan pengangguran pada masa akan datang?

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
2
Excited
0
Happy
0
Okay
1
Sad
0
View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top