Now Reading
SCxSC 2020: Adakah Mata Wang Kripto Patuh Syariah?

SCxSC 2020: Adakah Mata Wang Kripto Patuh Syariah?

Tahun 2020 telah memberi kesan buruk kepada banyak perusahaan dan membantutkan perkembangan kerana pandemik virus Covid-19. Namun, ia tidak menjadi penghalang untuk Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk meneruskan acara tahunan mereka, SCxSC Fintech Conference 2020.

Memasuki tahun ke-7, acara SCxSC kali ini membawa definasi ‘norma baharu’ seiring dengan keadaan semasa. Acara ini diadakan secara maya sepenuhnya.

SCxSC dilengkapi dengan sesi-sesi yang mantap dan antaranya bertajuk Kekeliruan Kripto Dalam Kewangan Islam. Sesi tersebut dikendalikan oleh Sharifatul Hanizah, Pengarah Eksekutif Permodalan Pasaran Islam di SC. Bersama beliau adalah Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi Majlis Nasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM) dan SC, Sheikh Mohamed Elgari, Penasihat Syariah, Dr. Ziyaad Mahomed, Ketua Kewangan Sosial Islam di INCEIF, dan Basheer Ahmad, Pengurus Pasaran di Perkhidmatan Kewangan Dubai.

Penggunaan dan penerimaan mata wang kripto masih lagi rendah di kebanyakan negara Islam. Namun ianya akan berubah.

Aset Digital adalah patuh Syariah

Dalam perkembangan terkini SC berkenaan mata wang kripto, SAC telah memberi lampu hijau untuk rakyat beragama Islam di Malaysia untuk melabur dalam aset digital yang ditawarkan oleh Bursa Aset Digital (DAX) berdaftar.

Pengerusi SAC, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar berkata, resolusi SAC telah diterbitkan di laman sesawang SC sejak July yang lalu. Resolusi tersebut memberi garis panduan tentang aset digital dari pandangan Islam.

Adakah ia juga dianggap wang?

Sheikh Mohamed Elgari percaya bahawa aset digital adalah evolusi kepada wang. Sejak awal peradaban manusia, penggunaan wang berubah sehingga kini.

Selagi ia memenuhi ciri-ciri utama wang dan mematuhi panduan syariah, orang Islam boleh menggunakannya.

Adakah teknologi blok rantai dan mata wang kripto boleh memperbaik kewangan sosial Islam?

Menurut Dr. Ziyad Mahomed, penggunaan blok rantai masih lagi di peringkat awal dalam isu berkenaan. Antara isu yang sering dihadapi adalah defisit dalam kutipan Zakat.

Jika kutipan Zakat dilakukan dengan telus, kita boleh menyelesaikan masalah kebuluran dunia dalam beberapa tahun.

See Also

Oleh kerana teknologi ini pantas dan semakin maju, ia akan memberi banyak peluang untuk kita memperbaiki masalah kewangan sosial Islam.

Fokus kepada faedah

Antara cabaran yang sering diutarakan adalah bagaimana orang ramai tidak begitu memahami teknologi blok rantai dan aset digital.

Namun, ketiga-tiga panel bersetuju bahawa ia bukanlah isu utama. Masalah ini juga boleh dikaitkan dengan bagaimana wang tunai pada masa sekarang dicetak dan diuruskan oleh bank.

Orang ramai seharusnya lebih mengutamakan faedah dan kebaikan teknologi ini supaya mampu memperbaiki kehidupan seharian.

Adakah anda masih ragu-ragu?

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
2
Happy
0
Okay
0
Sad
0
View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top